Capture

JERANTUT, 21 Oktober - Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) terus mencatatkan kejayaan dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, sepanjang lima tahun pelaksanaannya, 394 kertas siasatan dibuka, membawa kepada tangkapan 628.

Ia melibatkan 470 warga tempatan dan 158 orang warga asing dengan nilai sitaan mencecah RM256.3 juta.

Sebanyak 240 kertas siasatan dibuka, bermula Januari sehingga September, dengan nilai sitaan 122.5 juta ringgit manakala 170 warga tempatan dan 51 orang pesalah warga asing ditahan.

"Kesemua ditahan atas pelbagai kesalahan. Insentif OBK akan perluaskan bukan sahaja tertumpu kepada membanteras jenayah hidupan liar dan alam sekitar.

"Tetapi untuk melindungi semua elemen khazanah negara termasuk unsur nadir bumi (REE) dan galian," katanya kepada pemberita pada sidang media Operasi Bersepadu Khazanah di sini.

OBK kini diperluaskan dengan melindungi unsur nadir bumi (REE) dan galian.

Operasi berkenaan berjaya menggagalkan cubaan melombong emas secara haram berhampiran Taman Negara Kelantan dengan nilai rampasan dianggarkan RM700,000 pada Jun lalu.

 

Capture

 

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mahu kajian khusus mengenai cerun dilakukan agar kejadian tanah runtuh tidak berulang.

“Saya harap pihak yang pakar mengenai cerun seperti Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) membuat tinjauan dan kajian terperinci.

“Kita perlukan kajian ini, kita perlu nasihat dan pandangan yang tepat bagi mengatasi kejadian cerun atau tanah runtuh terutamanya di tempat sama.

”Kita nak bagi keyakinan seandainya tempat yang dihuni mereka adalah selamat atau sebaliknya,” titah baginda ketika melawat Kampung Orang Asli Sungai Ruil di Cameron Highlands hari ini.

 

Ujar baginda, kajian terperinci perlu dilakukan supaya terdapat penilaian terutama di kawasan kepadatan penduduk tinggi agar kejadian bencana seumpama itu tidak berulang.

Pada lawatan itu baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 12 buah keluarga yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh pada Isnin lalu.

Dalam pada itu, Al-Sultan Abdullah turut menasihatkan penduduk terlibat agar sentiasa peka dengan keadaan sekeliling terutamanya ketika musim hujan kerana malang tidak berbau.

“Saya harap semua mangsa bersabar, kejadian ini bukanlah kehendak kita tapi semuanya dari Allah SWT. Terima kasih kepada semua agensi terlibat, masuk kali keempat kawasan ini (Sungai Ruil) terlibat dengan tanah runtuh.

“Kita tidak boleh lari dari masalah cerun dan tanah runtuh ini kerana ia adalah natural force, namun ia bukan hanya berlaku di Pahang tetapi juga di tempat lain seperti di Selangor baru-baru ini,” titah baginda.

Pada 7 Oktober lalu, seramai 70 orang penduduk terdiri daripada 12 buah keluarga terbabit dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sungai Ruil selama 11 hari susulan kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur yang berlaku di perkampungan berkenaan. – MalaysiaGazette

Capture

KUALA LUMPUR

Opposition leader Hamzah Zainudin has urged the government to prioritise the development of the rare earth elements (REE) industry, saying it has a lot of economic potential.

Speaking during a debate at the Dewan Rakyat on the 2025 budget, Hamzah criticised the government for overlooking the industry’s potential and said it should have provided financial support in the form of loans and grants to help local companies build expertise in REE exploration.

The Larut MP said the country has valuable elements like neodymium and praseodymium, which are critical for electric vehicle batteries and other high-tech products and can fetch up to US$60,000 per metric tonne.

Hamzah said the government should have banned the exports of REE as the country did not have the technology to process these elements locally, adding that failing to implement such a ban would only delay the growth of the REE industry and limit economic opportunities for the country

With global demand for REE expected to rise sharply by 2030, we need to act now. We have an immense potential in this industry, yet the government is not taking it seriously,

 he said.

REE deposits have been found in Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, and Perak. Three of these states are run by Perikatan Nasional (Kedah, Kelantan and Terengganu), and it’s clear that a strategic plan is needed to harness these resources for the benefit of the country.

In August, Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia should fully leverage the vast potential of the local rare earths industry. Anwar said there should be collaborations with international experts aimed at developing the entire industry chain within the country.

Rare earth elements are valuable for use in high technology products such as smart phones, computer disk drives, digital cameras, computer monitors and catalytic converters in cars. China accounts for about 80% of the world’s supply of rare earths.

Mining and processing of rare earth elements have been controversial in Malaysia since the Australian firm Lynas set up the world’s largest single rare earths processing plant in Gebeng, Pahang, for export to Asia, Europe and the United States. - FMT

 

Capture

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (Perhilitan) akan mula memberikan perhatian kepada kerjasama rentas agensi bagi menangani aktiviti perlombongan haram unsur nadir bumi (REE) dan emas.

Ketua Pengarah Perhilitan, Abdul Kadir Abu Hashim, berkata mereka akan bersama-sama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) melaksanakan langkah tersebut melalui Operasi Bersepadu Khazanah (OBK).

Katanya apabila OBK dilancarkan kira-kira lima tahun lalu ia lebih banyak memberi fokus kepada aktiviti pemburu haram dan kecurian hasil hutan bernilai tinggi.

Melalui pelaksanaan OBK tahun ini, kata Abdul Kadir, Perhilitan berjaya menggagalkan cubaan melombong emas secara haram di kawasan berhampiran Taman Negara Kelantan.

 "Dalam operasi itu, kami berjaya menahan tiga lelaki Myanmar dan seorang lelaki Thailand.

"Turut ditahan ialah dua lelaki warga tempatan bersama jentera dan peralatan melombong yang dianggarkan bernilai kira-kira RM700,000," katanya dalam sidang media Kuala Tahan, dekat Jerantut, Pahang, hari ini.

 

Terdahulu dia menghadiri mesyuarat OBK kali kedua untuk tahun ini. Tuurt hadir Ketua Polis Negara, Razarudin Husain; dan Timbalan Ketua Pengarah JKDM, Ribuan Abdullah.

Abdul Kadir juga memaklumkan, OBK sejak awal tahun ini berjaya menahan 170 warga tempatan dan 51 warga asing yang melakukan pelbagai kesalahan.

"Sebanyak 240 kertas siasatan dibuka sehingga Sept lalu dengan nilai keseluruhan rampasan dan sitaan dianggarkan RM122.5 juta," katanya.

 
 

 

 

Capture

IPOH – Polis sedang menyiasat bunyi letupan dan gegaran yang menggemparkan penduduk di sekitar Ipoh pagi ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung insiden itu sekitar jam 11.06 pagi.

Menurutnya, hasil semakan dengan Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta mendapati tiada latihan berkaitan letupan dijalankan pada hari ini

“Selain itu, semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada aktiviti letupan yang dijalankan di kuari sebelum jam 12 tengah hari.

“Hasil semakan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) turut mendapati tidak terkesan sebarang aktiviti seismik di Ipoh walaupun terdapat kejadian gempa bumi yang berlaku di Halmahera, Indonesia pada jam 11.24 pagi tadi,“ katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, susulan itu, polis sedang menyiasat mengenai insiden ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta untuk menghubungi  di talian 05-245 1119 atau 05-245 1073.

“Orang ramai juga diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian ini sehingga mencetuskan kegusaran awam,“ ujarnya.

Terdahulu, orang ramai gempar apabila terdengar bunyi letupan dan gegaran yang berlaku di beberapa kawasan sekitar bandar raya ini.

Insiden itu turut menggusarkan dalam kalangan warga net yang memuat naik status di media sosial mereka. – MG Perak

 

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input