Sumber Mineral

Jaminan Bekalan Mineral Yang Berterusan

JMG merupakan agensi yang mempunyai autoriti dan kepakaran bagi menerajui penyiasatan, perkhidmatan dan penyelidikan dalam bidang mineral. Penilaian ke atas sumber mineral berlogam, mineral perindustrian, mineral strategik dan mineral tenaga telah dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan pengurusan serta pembangunan sumber mineral negara dapat dilaksanakan secara berkesan dan mapan. Hal ini selaras dengan teras yang termaktub dalam Dasar Mineral Negara 2 dan Pelan Induk Perindustrian Negara II. Hasil penilaian sumber mineral ini dapat menarik minat lebih ramai pemain industri untuk merancang pelaksanaan eksplorasi mineral dengan lebih berkesan, seterusnya mengembangkan lagi aktiviti perlombongan dan membantu pihak pengusaha industri dalam mengurangkan kebergantungan terhadap sumber bahan mentah dari luar negara. Maklumat penilaian ini juga dapat menambah data inventori mineral negara membantu JMG dalam memberikan khidmat nasihat teknikal kepada pihak berkuasa negeri pihak swasta dalam perancangan pembangunan gunatanah bagi mengelakkan berlakunya pemajiran sumber mineral. 

Hasil kajian bagi aktiviti penilaian sumber mineral dibawah projek pembangunan RMKe-11 telah mengenalpasti sumber mineral yang berpotensi dibangunkan seperti emas, timah, besi, bauksit, pasir silika, batuan silika, batu kapur dan arang batu. Penilaian sumber mineral strategik seperti unsur nadir bumi (REE), skandium (Sc) dan thorium (Th) telah diperluaskan kepada enam (6) negeri. Kajian tersebut merangkumi pengenalpastian kewujudan dan potensi mineral-mineral tersebut dalam lapisan terluluhawa batuan igneus. 

This image for Image Layouts addon

Mineral Berlogam

This image for Image Layouts addon

Mineral Strategik

This image for Image Layouts addon

Ekonomi Mineral

This image for Image Layouts addon

Mineral Perindustrian

This image for Image Layouts addon

Mineral Tenaga

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input