JMG adalah peneraju utama dalam aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan geosains negara dan bertanggungjawab sebagai agensi tunjak dan pembekal maklumat yang berkaitan dengan mineral dan geosains.
Data yang dikutip melalui cerapan lapangan dalam kerja-kerja pemetaan akan diproses dan diolah bagi menghasilkan maklumat yang yang berkualiti. Maklumat ini digunakan sebagai asas yang sangat penting untuk perkongsian dan diperlukan bagi pelaburan, perancangan gunatanah serta rancangan pembangunan infrastruktur negara.