Ketua Pegawai Digital (CDO)

YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman, F.I.G.M.
YBrs. P.Geol. Dr. Abdullah bin Sulaiman, F.I.G.M.Timbalan Ketua Pengarah (Korporat dan Ekonomi Mineral)abdullah@jmg.gov.my

Tanggungjawab utama Chief Digital Officer (CDO) ialah menentukan strategi dan melaksanakan inisiatif ICT bagi mencapai visi dan objektif pembangunan dan penggunaan ICT JMG.

Bidang Tugas dan Peranan
  1. Meneraju inisiatif pendigitalan di kementerian/agensi melalui penggunaan data, analisis dan teknologi digital;
  2. Mewujudkan budaya berpacukan data dalam sektor awam yang mengamalkan pendekatan principle-based melalui penggunaan data dan teknologi digital;
  3. Mentransformasi penyampaian digital di kementerian/agensi berfokuskan pengelaman pelanggan (customer experience) yang berteraskan konsep Whole-of-Government melalui inovasi melibatkan perkongsian data, data terbuka dan teknologi baru muncul;
  4. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, Technical Service Design dan bajet pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;
  5. Meneraju perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) Kementerian/Negeri/Agensi dengan:
    1. Memastikan PSP agensi selari dengan PSP Sektor Awam dan Pengurusan Risiko dan Pelan Pengurusan Perubahan;
    2. Memastikan blueprint Enterprise Architecture (EA) agensi tersedia; dan
    3. Memantapkan struktur tadbir urus pendigitalan agensi dan menyelaras penggunaan dasar, standard dan amalan terbaik global.
  6. Melaporkan pelaksanaan dan kemajuan transformasi pendigitalan kepada YBhg. Ketua Setiausaha Negara sebagai Pengerusi Kluster Kerajaan di bawah Majlis Ekonomi Digital dan 4IR Negara melalui sekretariat kluster kerajaan.

"Transformasi perkhidmatan infrastruktur dan infostruktur teknologi pengurusan maklumat yang bersepadu ke arah sistem penyampaian yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam bidang geosains."

Terma Rujukan

Pelan Strategik ICT (ISP) 2016-2020
Dokumen ini menjadi rujukan utama dalam pelaksanaan projek ICT di JMG berdasarkan pelan tindakan ICT dalam pelbagai bentuk program dan aktiviti.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input