IMG 4218

IPOH: Kerajaan Perak memberi sokongan terhadap produk inovasi yang dihasilkan di negeri ini sehingga ke peringkat pengkomersialan memasuki pasaran.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha itu akan dibuat termasuk dengan melibatkan bantuan daripada syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).

Katanya, langkah itu akan melibatkan penambahbaikan produk, paten dan pengkomersialan.

“Pertama kena dipatenkan dahulu. Sebelum paten kena buat penambahbaikan, kemudian baru kita boleh komersialkan. Kita akan cari satu GLC untuk pendaftaran dan diniagakan,” katanya kepada pemberita semasa sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan Tahun 2023 di sini hari ini.

Dalam program dihadirinya itu, sebanyak sembilan anugerah dipertandingkan dengan hadiah utama ialah Anugerah Inovasi Menteri Besar yang dimenangi oleh Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Pemenang itu mengetengahkan inovasi kitar semula sisa kapur karbida bagi penghasilan kalsium karbonat termendak sebagai bahan pengisi dalam pembuatan cat komersial.

Menurut keterangan yang diberikan, inovasi itu adalah teknik menukarkan sisa industri gas asitilena iaitu kapur karbida menjadi batu kapur sintetik bergred tinggi. Bahan tersebut boleh digunakan dalam pelbagai industri lain seperti cat, kertas, plastik serta bahan salutan.

Antara anugerah lain yang turut dipertandingan ialah Anugerah Inovasi (AI) Terbuka, AI Lestari Bumi Hijau, AI Pejabat Daerah dan Tanah, AI Pihak Berkuasa Tempatan, AI Institut Pengajian Tinggi, AI Akar Umbi, AI Sekolah Menengah dan AI Sekolah Rendah.

Semua pemenang kategori tersebut membawa pulang hadiah tunai RM10,000 bersama piala iringan, manakala naib johan serta tempat ketiga masing-masing menerima RM8,000 dan RM5,000 bersama piala iringan.

Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia yang memenangi Anugerah Inovasi Menteri Besar menerima RM50,000 dan piala iringan. 

PETALING JAYA: Sebanyak 104 lokasi cerun di seluruh negara dikenal pasti sangat kritikal untuk berlaku tanah runtuh dan aliran puing terutama menjelang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) bermula bulan depan.

Daripada pemantauan Jabatan Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Pengarah JMG, Datuk Zamri Ramli berkata, pemeriksaan mendapati sebanyak 254 cerun kritikal dikesan di 31 lokasi panas di seluruh negara. Menurut beliau, antara lokasi dikenal pasti adalah sekitar Lembah Klang; Tanjung Bungah dan Paya Terubong di Pulau Pinang; Ipoh di Perak; Cameron Highlands di Pahang; Gunung Jerai di Kedah manakala Kundasang di Sabah dan Bau di Sarawak.

JMG telah mengenal pasti 31 kawasan hotspot yang berdepan ancaman tanah runtuh di seluruh Malaysia. Dari pemantauan terhadap 254 cerun kritikal di seluruh negara, sejumlah 104 lokasi cerun diklasifikasikan sebagai cerun kritikal tahap tinggi yang berpotensi berlaku bencana geologi tanah runtuh.

Datuk P.Geol. Zamri bin Ramli F.I.G.M., Ketua Pengarah JMG

 

"Daripada jumlah 254 cerun kritikal, sebanyak 104 lokasi cerun diklasifikasikan sebagai "Selebihnya 97 cerun kritikal sederhana manakala 53 lokasi cerun diklasifikasikan kritikal rendah," kata beliau ketika dihubungi semalam. Dalam pada itu, menurut Datuk Zamri, sebanyak 37 cerun telah diambil tindakan mitigasi oleh pihak berkaitan manakala 15 cerun sedang dalam penyelenggaraan. Kata beliau, sebanyak 202 cerun sedang dalam perhatian untuk tindakan selanjutnya. "Jabatan Kerja Raya (JKR) atau pihak berkuasa tempatan. (PBT) telah mengambil tindakan sepatutnya bagi cerun-cerun dibawah seliaan kerajaan.

"Yang menjadi isu apabila cerun membabitkan tanah persendirian atau pemaju kerana tindakan perlu diambil tuan tanah sendiri namun ada yang tidak berbuat demikian sehingga berlakunya kejadian tidak diingini," katanya.

Kata beliau, mengikut rekod dari Mei 1961 hingga 26 Oktober lalu, sebanyak 6,409 kejadian tanah runtuh di seluruh negara membabitkan 602 kematian. "Justeru, orang ramai atau pihak berkaitan perlu berwaspada dan memberi perhatian sekiranya terdapat tanda - tanda awal bagi tanah runtuh. Antaranya rekahan, tirisan air, pergerakan tanah, retakan pada struktur bangunan, air bertakung dan hakisan galur pada cerun," katanya. Beliau berkata, pihaknya juga sedang menjalankan pemetaan di tujuh lokasi Taman Eko Rimba (TER) yang berpotensi berlakunya bencana aliran puing atau pergerakan tanah. "Lokasi dikenal pasti adalah di Lata Iskandar (Perak), Sungai Tua (Selangor) (TER Sungai Tua), Jeram Toi (Negeri Sembilan), Chamang (Pahang), Lata Payung Chemerong dan Air Menderu di Terengganu.

"Ia bagi memberi cadangan mitigasi dan pemasangan sistem amaran awal aliran puing oleh PBT atau pengurusan sendiri dan mereka berkaitan supaya merancang dan kesiapsiagaan menghadapi bencana," katanya.

Sementara itu, menjelang November hingga awal tahun depan, negeri-negeri di pantai timur semenanjung Malaysia dan kawasan barat Sarawak akan dilanda hujan lebat susulan musim Monsun Timur Laut (MTL). Jurucakap MetMalaysia berkata, keadaan itu akan menyebabkan kawasan rendah dan rata berisiko untuk mengalami banjir. "Bermula bulan November hingga Disember,episod hujan lebat diramal berlaku di negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu kemudian beralih ke kawasan Johor dan Sarawak pada Disember sehinggalah Januari tahun hadapan.”Pada bulan depan nanti, kebanyakan negeri di Semenanjung dijangkakan menerima hujan pada paras purata iaitu antara 100mm hingga 900mm. "Di Sarawak pula, kebanyakan bahagian dijangka menerima taburan hujan pada paras purata iaitu di antara 300mm hingga 400mm," katanya dalam kenyataan semalam.

 

 

IMG 3941

PUTRAJAYA: An audit of the in-situ leaching pilot project for the mining of non-radioactive rare earth elements in Mukim Kenering, Hulu Perak, Perak has found it complies with standard operating procedures as well as the requirements of the relevant technical agencies.

Minerals and Geoscience Department director-general Zamri Ramli, commenting on reports that uncontrolled REE mining could potentially cause landslides, said that the project uses mining technology that involves minimal land clearing and tree felling.

Zamri said that the method injects low-concentration ammonium sulphate solution into the soil to extract the desired minerals through an ion exchange reaction.

It is then extracted through the piping system and collected at the foot of the hillside for the next process and the ion exchange process does not affect the stability and cohesive force of the soil.

"The in-situ leaching method can only be implemented for minerals found above groundwater level. It is to guarantee the effectiveness of the targeted leaching process and to avoid groundwater contamination," he said on Saturday (Oct 14).

Zamri said monitoring wells were built in several strategic locations identified to detect leaks.

He said a specific procedure was also outlined to control pollution.

"In conclusion, non-radioactive rare earth elements mining using the in-situ leaching method is the latest sustainable method where the impact on the environment can be controlled, with low operating costs and a good level of worker safety," he said. – Bernama

 

GEOPARK imple­ment­a­tion agen­cies have been urged to adopt the National Geo­park Devel­op­ment Plan (PPGN) 2021-2030 and National Geo­park Imple­ment­a­tion Plan (PLGN) books as a guide in devel­op­ing and man­aging geo­parks.

 

Download PPGN 2021-2030 and PLGN

 

The Nat­ural Resources, Envir­on­ment and Cli­mate Change Min­istry (NRECC), in a state­ment, said this was import­ant to make national geo­parks of inter­na­tional stand­ards and on par with the Unesco Global Geo­park.

“The pub­lic­a­tion of these two plans is an ini­ti­at­ive of the min­istry through the Depart­ment of Min­eral and Geoscience Malay­sia to strengthen the agenda for devel­op­ing and man­aging national geo­parks, and they need to be ref­er­enced and adop­ted in all national phys­ical devel­op­ment plan­ning,” the state­ment said.

The state­ment was issued in con­junc­tion with the launch of the books by Deputy Min­is­ter of Nat­ural Resources, Envir­on­ment and Cli­mate Change Datuk Seri Huang Tiong Sii at the Inter­na­tional Greentech and Eco Products Exhib­i­tion and Con­fer­ence Malay­sia 2023 in Kuala Lum­pur recently.

PPGN 2021-2030 is a stra­tegic plan for geo­park devel­op­ment with a vis­ion of guid­ing a National Geo­park towards a Unesco Global Geo­park recog­ni­tion in a 10-year period.

It out­lines ele­ments of strategy, pro­ced­ure and action by the gov­ern­ment agen­cies involved so that they can be har­nessed in an integ­rated man­ner through a com­mon man­age­ment approach.

The imple­ment­a­tion plan is to serve as a man­age­ment guide for inter­ested parties at the state gov­ern­ment level and rel­ev­ant agen­cies, espe­cially National Geo­park man­age­ment author­it­ies. This is to ensure all strategies and pro­grammes con­tained in the doc­u­ment can be done accord­ing to the stand­ards set by the National Geo­park Com­mit­tee and Unesco Global Geo­park.

Accord­ing to NRECC, the two plans were agreed to at the 42nd National Phys­ical Plan­ning Coun­cil meet­ing on Sept 18, which was chaired by Prime Min­is­ter Datuk Seri Anwar Ibrahim, for the adop­tion of geo­park devel­op­ment and imple­ment­a­tion by fed­eral agen­cies with the cooper­a­tion of state gov­ern­ments to strengthen the eco­nomy and well-being of local com­munit­ies.

Apart from this, the meet­ing also agreed that the pro­pos­als be trans­lated into Local Plans for state and local author­it­ies throughout the coun­try.
The min­istry also said that the Depart­ment of Min­eral and Geoscience Malay­sia had con­duc­ted geo­lo­gical her­it­age map­ping activ­it­ies, espe­cially on geo­sites, since the 1990s to develop geo­park areas for the pre­ser­va­tion and con­ser­va­tion of all nat­ural resources her­it­age in Malay­sia.

“The geo­park devel­op­ment concept involves three import­ant ele­ments, namely edu­ca­tion, con­ser­va­tion and sus­tain­able devel­op­ment to ensure geo­lo­gical, bio­lo­gical and cul­tural her­it­age resources are pro­tec­ted and at the same time enabling the use of these her­it­age resources to strengthen the eco­nomy of local com­munit­ies and geo­tour­ism products,” it added.

KUALA TERENGGANU, 5 Oktober – Kerajaan negeri sentiasa memandang kehadapan dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE)  di Terengganu dengan menubuhkan  Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi (REE) Negeri Terengganu sebagai platform dalam menangani urusan berkaitan dengannya. 

Menteri Besar, Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata  ia sebagai memastikan kedaulatan dan hak Terengganu sebagai pengeluar REE dapat dilindungi dengan sewajarnya demi kepentingan rakyat dan negeri serta memainkan peranan  dalam menentukan dasar dan halatuju pembangunan berkaitan REE.

"Fungsi Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi (REE) Negeri Terengganu adalah mengadakan perbincangan royalti, pembangunan peluang perniagaan, projek dan pembahagian peluang-peluang perniagaan dan peluang pekerjaan kepada rakyat negeri.

"Selain itu, ia juga menumpukan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) pembangunan modal insan dan ekonomi bagi rakyat  termasuk pengagihan kontrak secara berpusat (centralized) kepada kontraktor yang berdaftar demi memastikan kesinambungan peluang perniagaan," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan bertulis Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Jertih, Dr Riduan Mohamad Nor di Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Ke-15, di sini, hari ini.

Tambahnya, Majlis Mineral Unsur Nadir Bumi (REE) dinaungi oleh Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin dan dipengerusikan Menteri Besar.

Menurut Ahmad Samsuri lagi, Unjuran Potensi REE telah dilakukan melalui Kajian NR-REE di Malaysia yang dimulakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) pada tahun 2014 dengan kerjasama daripada Academy of Science Malaysia (ASM).

“Kajian yang dilakukan adalah terhad kepada Kawasan tanih luluhawa granit yang terdapat di daerah Setiu, Hulu Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman dengan anggaran keluasan kawasan yang berpotensi adalah seluas 1,437,500.00 ekar dan mampu mengeluarkan sebanyak 7,187,500 juta tan,” katanya.

Beliau juga berkata, pihaknya telah mengadakan lawatan bagi kumpulan kerja teknikal ke kawasan perlombongan REE di Gerik Perak pada bulan Mac 2023 bagi melihat aktiviti perlombongan REE secara lebih dekat. 

“Lawatan berkaitan REE juga telah diadakan di Kilang Lynas, Gebeng Kuantan di mana kilang tersebut merupakan kilang memproses REE yang diimport dari negara luar (Australia),”ujarnya.

Dalam masa sama katanya, dasar berkaitan 'Standard Operating Procedure' (SOP) perlombongan Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif (NR-REE) Negara sedang dirangka di peringkat Persekutuan untuk dijadikan panduan kepada Pihak Berkuasa Negeri.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input