Dasar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

jata88px

JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA
KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN KELESTARIAN ALAM (NRES)
 

DASAR KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

Adalah menjadi dasar , Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) untuk memastikan semua pekerjanya dan pihak-pihak lain yang mungkin terlibat di dalam aktiviti-aktivitinya berada di persekitaran kerja yang sihat dan selamat melalui budaya kerja yang terancang dan sistematik.

Bagi menjayakan dasar ini, JMG akan memastikan langkah -langkah berikut dilaksanakan sewajarnya;

  1. Menyediakan suatu persekitaran tempat kerja yang selamat dan sihat untuk warga kerja dan pihak-pihak lain melalui perancangan kerja yang teratur dalam pelbagai situasi;
  2. Memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja diberikan penarafan seimbang dengan pencapaian produktiviti organisasi;
  3. Mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan dalam perancangan dan penilaian semua skop fungsian Jabatan;
  4. Memastikan semua pekerja diberikan latihan, maklumat dan arahan serta penyeliaan berkenaan tatacara pelaksanaan tugasan dengan selamat tanpa risiko kepada kesihatan;
  5. Melapor dan menyiasat setiap kejadian berbahaya dan kemalangan yang berlaku serta mengambil tindakan pembetulan dan pencegahan dengan kadar segera; dan
  6. Memastikan Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dilaksanakan secara efektif dengan penambahbaikan yang berterusan selaras dengan misi, visi dan objektif Jabatan ke arah membudayakan sistem kerja yang selamat dan sihat dari semasa ke semasa.

 

(DATUK P. Geol ZAMRI BIN RAMLI, F.I.G.M.)
Ketua Pengarah
Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input