Aktiviti geologi marin dilaksanakan bagi mengumpul maklumat geologi permukaan dan di bawah permukaan dasar laut, batimetri (kedalaman dasar laut), sumber mineral dan agregat, dan maklumat persekitaran enapan sedimen di kawasan zon pantai dan lepas pantai. Ianya amat penting dalam perancangan dan perlaksanaan pembangunan zon pantai dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Negara sehingga zon lepas pantai pelantar benua.
Malaysia adalah sebuah negara maritim yang mempunyai kawasan perairan seluas 556,285 kilometer persegi dan pesisir pantai sepanjang 4,492 kilometer serta memiliki sebanyak 1007 buah pulau. Khazanah maritim zon pesisiran pantai Malaysia belum diterokai secara meluas. Input
mengenai geologi dan sumber-sumber mineral kawasan jalur pantai dan lepas pantai adalah salah satu input yang amat penting dalam perancangan pembangunan zon pantai.
- Kajian Pasir Laut Negara
Kajian meliputi pengumpulan datageofizik, persampelan sedimen permukaan dan di bawah permukaan dasar laut,data arus dan alam persekitaran termasuk perolehan data-data geologi pantai. Selain itu, kajian impak perlombongan pasir terhadap sekitaran dan garis pantai juga dilakukan bagi melengkapkan maklumat sumber pasir laut.
- Pemetaan Geologi Marin Pelantar Benua
Kajian bagi mengumpul maklumat geologi marin pelantar benua di Laut China Selatan berkaitan dengan keperluan teknikal dan perundangan berhubung Article 76 United Nation Convention on The Law of The Sea.
- Pemetaan Geologi Marin Pulau-Pulau dan Perairan Cetek
Mengumpul maklumat geologi marin terperinci (jenis batuan dan sedimen; profil dan struktur; geokimia.