KOTA BHARU: Kerajaan menyasarkan unsur nadir bumi (REE) dapat diproses dalam tempoh tiga tahun lagi.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata teknologi untuk memproses REE hanya berada di China dan perbincangan berhubung perkara itu sedang dilakukan.
"Untuk mendapatkan teknologi bagi memproses REE di dalam negara ini sedang dibincangkan di peringkat kerajaan dan perkara ini juga menjadi agenda perbincangan di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China.
"Kita tunggu hasil perbincangannya dan perancangan kami supaya dalam tempoh dua hingga tiga tahun dari sekarang, kita berjaya pastikan REE dapat diproses dalam negara.