Perkhidmatan Utama
Pengurusan sumber mineral negara
Bagi melaksanakan program-program di bawah sembilan teras Dasar Mineral Negara 2, tiga pelan induk telah disediakan iaitu Pelan Induk Pembangunan Mineral, Pelan Induk Pembangunan Industri Kuari dan Pelan Induk Pemulihan Lombong dan Kuari. JMG berperanan untuk menyakin Kerajaan Negeri supaya menerima pakai sepenuhnya ketiga-tiga Pelan Induk tersebut untuk pembangunan mineral secara mampan.
Pengurusan risiko bencana geologi negara
Pengetahuan dan kepakaran dalam proses semulajadi bumi serta pemetaan terperinci geobencana yang disediakan oleh JMG akan memastikan perancangan pembangunan yang mampan.
Kawalselia dan penguatkuasaan perlombongan/ pengkuarian
JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan Mineral 1994, Kaedah-Kaedah Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan dengannya untuk pengusahasilan mineral di negeri-negeri. Disamping itu, JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undang-undang mineral negeri yang lain seperti Enakmen Mineral Negeri.
Pengurusan sumber air bawah tanah negara
Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara, JMG berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Pengurusan sumber air tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.
Pemetaan dan pencirian geologi dan geologi warisan
Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, JMG memainkan peranan lebih aktif dalam membuat pemetaan geologi warisan dan pencirian geotapak untuk pewartaan dan dibangunkan sebagai geopark. Inisiatif pembangunan berkonsep geopark di bawah UNESCO telah terbukti dapat meningkatkan aktiviti pelancongan di suatu kawasan dan akan dapat menjana ekonomi kepada masyarakat setempat dan negara.
Penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan mineral (R&D&C)
Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) merupakan bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada Jabatan. PPM menjalankan projek-projek R&D berkaitan dengan teknologi berasaskan lempung, silika, batuan dan bahan termaju. Bagi menggalak pengusahahasilan sumber mineral secara mampan, R&D berkaitan teknologi pemprosesan mineral, perlombongan, pengkuarian dan pemulihan lombong dan kuari juga dijalankan. Fokus utama penyelidikan dan pembangunan (R&D) di PPM adalah untuk menambah nilai komoditi produk berasaskan sumber mineral tempatan.
Geologi Marin
Baca selanjutnyaMakmal Geokimia dan Makmal Fizikal
Baca seterusnyaGeofizik
Baca selanjutnyaPengurusan Data & Maklumat
Baca seterusnyaFasiliti kami
Muzium Geologi
Baca selanjutnyaPenggerudian
Baca selanjutnyaPerpustakaan
Baca selanjutnyaLaporan Tahunan JMG
Laporan Tahunan ini merupakan satu medium untuk merakamkan semua kejayaan jabatan yang dicapai sepanjang tahun bagi program dan aktiviti utama untuk tatapan umum pada masa ini dan juga masa hadapan.