Screenshot 2025 02 10 085407

ALOR SETAR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan aktiviti letupan batu di kuari berhampiran Kampung Padang mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Pengarah JAS Kedah, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata pemeriksaan dan siasatan yang dijalankan tahap bunyi dan gegaran di tapak kuari berkenaan mematuhi had ditetapkan.

“Pengukuran bunyi dan getaran telah dilaksanakan di lokasi rumah pengadu sebagai stesen pemantauan yang terletak kira-kira 650 meter dari kawasan letupan semasa aktiviti letupan dijalankan oleh pengusaha kuari,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sharifah Zakiah berkata hasil perbincangan antara JAS Kedah dengan syarikat kuari, keputusan dicapai untuk pengusaha kuari menanggung kos membaiki kerosakan rumah penduduk.

Katanya, pada dasarnya syarikat kuari mematuhi zon penampan di mana jarak rumah ke kuari sekitar 650 meter (lebih 500 meter) dan mematuhi had bunyi dan gegaran ditetapkan namun impak sebenar yang berlaku kepada perumahan penduduk tidak wajar diabaikan.

“JAS Kedah akan terus memantau lebih kerap operasi kuari dan akan berbincang dengan lain-lain agensi terutama JMG dengan mengesyorkan langkah-langkah pembaikan yang perlu diambil syarikat kuari bagi mengelakkan kejadian berulang.

“Notis Arahan di bawah Seksyen 37 (1) (d) dikeluarkan kepada pemaju untuk mengemukakan laporan peletupan dan kawalan peletupan yang dilaksanakan di tapak.

“Pemaju diarahkan untuk sentiasa mematuhi semua syarat ditetapkan oleh pihak berkuasa dan melaporkan sebarang insiden yang berlaku khususnya melibatkan konflik dan kacau ganggu kepada penduduk,” jelas beliau.

Kelmarin Presiden Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meenakshi Raman meminta kerajaan negeri Kedah dan pihak berkuasa memantau dan menjalankan siasatan berhubung kejadian letupan kuat luar biasa di Kampung Padang, yang didakwa berlaku pada Rabu lalu.

Letupan kuat sekitar 2.15 petang itu mengejutkan sebahagian besar penduduk selain menyebabkan kerosakan kepada rumah penduduk berhampiran dipercayai berpunca daripada aktiviti pemecahan bongkah batu oleh pengusaha kuari terbabit.

 

Screenshot 2025 02 10 083840

KUALA LUMPUR: The government must formulate industry-friendly policies to keep Malaysia's rare earth elements (REE) sector attractive to investors, experts said.

Universiti Malaysia Kelantan Research Management Division director Associate Prof Dr Abdul Hafidz Yusoff said REE mining projects require long-term planning, with returns on investment sometimes taking up to 20 years.

"Government policies must be industry-friendly, allowing mining companies to operate for at least 15 to 20 years instead of short-term permits of only three to five years. 

"Royalty rates should be reasonable and not overly burdensome for investors.

"Some states plan to impose royalties as high as nearly 50 per cent, discouraging potential investments. 

"Meanwhile, competitive tax rates should be implemented to encourage the establishment of REE processing plants within Malaysia," he told the New Straits Times. 

REE are a group of 17 that act as key ingredients for glass, lights, magnets, batteries, and catalytic converters, and are used in everything from cell phones to cars.

Malaysia holds significant REE deposits, particularly in states like Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, and Negri Sembilan.

"Typically, raw REE extracted is exported in the form of REE carbonate, which is valued at approximately RM 20,000 per tonne. 

"However, if processed into single elements, the price can soar to hundreds of thousands of ringgit per tonne. 

"China, which dominates REE mining technology, particularly in the extraction of REEs from ion-adsorption clays—deposits that are also abundant in Malaysia. 

"However, the Chinese government has imposed a ban on the export of REE-related technology to other countries," he said.  

Hafidz added that the main challenge Malaysia faces is the lack of mature REE separation technology, which has resulted in an accumulation of unsold REE carbonate due to the inability to process it further. 

"If this situation persists, the industry may become reluctant to continue mining operations due to the inability to sell their products.

"Malaysia must urgently acquire REE separation technology and develop a robust REE processing industry to sustain and expand the sector."

 On Wednesday, an engagement session with members of Parliament was held to provide insights into the government's plans and direction for developing the national REE industry.

A total of 73 MPs from both the government and the opposition attended the session.

The session included a briefing delivered by officers from the Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry (NRES) and the Department of Minerals and Geoscience.  

It was moderated by NRES Minister Nik Nazmi Nik Ahmad, with Special Select Committee on Environment, Science and Plantation chairman Datuk Ahmad Amzad Mohamed participating as a panellist alongside Special Select Committee On International Relations And International Trade chairman Wong Chen and Julau MP Datuk Larry Sng Wei Shien.  

Speaking to the New Straits Times, Ahmad Amzad said there was a strong consensus during the engagement session that Malaysia must accelerate efforts to develop its REE industry.

"The general feedback from attending MPs indicated broad agreement that Malaysia should not hesitate in advancing the development of its rare earth elements sector."

During the one-and-a-half-hour session, he shared insights from his committee's findings and addressed questions raised by MPs.

Ahmad Amzad also highlighted that Terengganu holds nearly half of Malaysia's total REE deposits, with an estimated raw value of RM810 billion, according to the Department of Minerals and Geosciences.

He said while the ministry outlined a general timeline for implementation, no detailed discussions were held on specific plans.

"Upstream activities, such as exploration and mining, must begin to ensure a stable supply of REE to support midstream processing facilities," he said. 

"Without adequate supply, investments in processing plants will not be viable.

 "Malaysia will continue to incur losses if it keeps exporting raw REE to China, as midstream processing would significantly increase returns." 

Ahmad Amzad also said that Lynas Malaysia Sdn Bhd had confirmed its capability to process Malaysia's REE and expressed willingness to invest in a separate facility dedicated to processing local deposits. 

"In addition to Lynas, local technology has also shown the ability to process Malaysia's REE, but it needs to be scaled up to a commercial level," he added

Screenshot 2025 01 27 160721

KUALA LUMPUR – Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali (SHP Batang Kali) kini contoh kerjasama terbaik antara kerajaan negeri dan syarikat swasta, Worldwide Holdings dalam mengurangkan jejak karbon dan menyokong tenaga bersih negara.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan pembinaan SHP Batang Kali adalah bukti kemampuan Malaysia menggunakan tenaga yang bersih dan mesra alam.

“Loji hidrokuasa kecil ini tidak hanya menunjukkan pembangunan infrastruktur, tetapi juga keupayaan kita menggabungkan pertumbuhan ekonomi dengan inovasi dan pembangunan lestari.

“Kejayaan projek ini hanya permulaan. Selangor sedang mencari potensi sungai lain untuk meluaskan penggunaan tenaga hidrokuasa kecil. Langkah ini akan meningkatkan kedudukan kita dalam sektor tenaga boleh baharu di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

 

Majlis perasmian SHP Batang Kali berlangsung baru-baru ini.

Amirudin menambah, berbanding dengan projek besar seperti loji hidrokuasa Pulau Indah yang menghasilkan tenaga sehingga 1,200 MW, SHP Batang Kali adalah lebih hijau kerana menggunakan tenaga alam iaitu sungai.

“Kapasiti yang dirancang adalah 5.1 megawatt dan ini akan memberi sumbangan yang mencukupi kepada bekalan tenaga negara.

“Tidak jauh dari sini, terdapat Loji Hidrokuasa Kecil Kerling dengan kapasiti sebanyak 4.5 megawatt dan melihat potensi pembangunan penuh, ia mampu menghasilkan 5.6 megawatt berbanding 5.1 megawatt yang sedia ada. Ini bermakna hampir 10 megawatt boleh dihasilkan melalui loji hidrokuasa kecil,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Worldwide Holdings Berhad, Datin Paduka Norazlina Zakaria berkata, pihaknya berbangga kerana Loji Hidrokuasa Kecil Batang Kali berjaya disiapkan setahun lebih awal daripada jadual yang ditetapkan. 

“Meskipun berdepan cabaran seperti kedudukan yang berhampiran dengan resort, kami memastikan loji hidrokuasa ini direka dengan konsep landskap bagi memastikan tiada kesan negatif kepada kawasan sekitar.

“Ini membuktikan komitmen dan dedikasi pasukan kami dalam memastikan pembangunan tenaga boleh baharu dapat dilaksanakan dengan efisien serta dapat memberi manfaat kepada semua,” ujarnya.

Loji hidrokuasa kecil yang memiliki kapasiti penjanaan tenaga sebanyak 5.1MW itu terletak di kawasan seluas 3.5 ekar di Batang Kali, Hulu Selangor telah selesai menjalani ujian penjanaan dan tersambung grid pada 23 Disember 2024.

Tenaga yang dihasilkan disalurkan ke grid 33kV, diuruskanoleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) di PMU Ulu Yam. Projek ini menggunakan teknologi turbin dari Global Hydro, Austria dan generator dari Marelli Motori, Itali.

Dengan manfaat kepada sehingga 13,000 kediaman dan pengurangan karbon hampir 200,000 tan dalam tempoh 21 tahun, projek ini menyokong sasaran Malaysia untuk menjadi negara karbon neutral menjelang 2050.

Di samping itu, projek ini menyokong agenda nasional dan Pelan Peralihan Tenaga Nasional untuk mencapai 70 peratus kapasiti tenaga boleh baharu menjelang 2050 sekali gus mengukuhkan aspirasi Selangor untuk menjadi negeri rendah karbon serta memastikan bekalan elektrik stabil untuk negeri ini.

Sebagai syarikat konglomerat, Worldwide Holdings menerusi Worldwide Hydro Energy Sdn. Bhd komited untuk terus menyokong usaha pembangunan tenaga lestari demi manfaat generasi akan datang.

Worldwide Holdings Berhad adalah anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) merupakan sebuah konglomerat dengan empat sektor perniagaan utama iaitu Tenaga, Hartanah, Pengurusan Alam Sekitar dan Peranti Perubatan. 

Penglibatan Worldwide Holdings dalam sektor tenaga tertumpu kepada utiliti, terutamanya perniagaan berkaitan penjanaan tenaga, meliputi sumber tenaga terma dan tenaga boleh baharu (RE). 

Sebagai salah satu pemacu sektor tenaga di Selangor, WHB memberi tumpuan kepada tenaga hijau melalui pembangunan loji WTE, loji hidrokuasa kecil (SHP) dan pemasangan panel PV solar di bangunan kerajaan dan komersial di seluruh negeri. – MalaysiaGazette

 

 themalaytribune.compembangunan industri ree negara diselaras

SUBANG JAYA: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) akan mengadakan mesyuarat susulan pada minggu hadapan bersama beberapa kementerian lain bagi membangunkan industri perlombongan unsur nadir bumi (REE) secara menyeluruh. Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, mesyuarat itu penting untuk memastikan industri REE berkembang dengan mampan dan mematuhi prinsip kelestarian, selain memberi manfaat besar kepada ekonomi negara. Kata beliau, mineral berada di bawah bidang kuasa negeri, namun kerajaan akan terus memainkan peranan penting dalam menyokong pelaksanaan industri REE secara menyeluruh. “Minggu depan, saya akan mengadakan mesyuarat susulan bersama Kementerian Ekonomi,…

Screenshot 2025 01 20 103318

 

PUTRAJAYA, 18 Jan (Bernama) -- Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada sesi meja bulat peringkat menteri pada "Future Minerals Forum 2025 (FMF25)" di Riyadh, Arab Saudi baru-baru ini.


Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berkata kerangka industri mineral penting kerana mempunyai peranan dalam peralihan tenaga dan kemajuan teknologi manakala menangani ketegangan geopolitik pula dapat memanfaatkan teknologi terbaik pada kos lebih rendah.


*FMF25 menerima lebih 20,000 peserta dan menampilkan 250 ahli panel menerusi lebih 70 sesi.


"Ia menekankan peranan penting serta membincangkan mengenai mineral kritikal, pengurusan sumber mineral, tenaga boleh baharu, perlombongan lestari dan mempromosikan integrasi dalam industri mineral secara serantau serta global," katanya dalam kenyataan hari ini.


Nik Nazmi berkata Malaysia akan mengkaji kesesuaian untuk turut serta dalam pameran FMF akan datang selepas melihat kejayaan dan sambutan luar biasa edisi FMF kali ini serta faedah kepada semua negara yang menyertai.


FMF25 bertemakan Years of Impact diadakan selama tiga hari bermula 14 Jan lepas.


Nik Nazmi berkata sepanjang berlangsung FMF25, beliau berpeluang melawat King Abdul Aziz City for Science and Technology (KACST) serta mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Industri dan Sumber Mineral Arab Saudi, Bandar Alkhorayef dan ditemu bual beberapa agensi media antarabangsa. "Saya berkongsi mengenai dasar pembangunan mineral negara, persaingan geopolitik dunia, cabaran pembangunan industri mineral, sumbangan industri kepada matlamat peralihan tenaga dan kemajuan teknologi serta keperluan untuk penerapan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam industri mineral," katanya.


-- BERNAMA

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input