Jabatan telah melaksanakan permohonan SKSPM dan SKSK secara berperingkat mulai September 2022. Ibu Pejabat JMG dengan kerjasama Bahagian BLESS, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah berjaya mengadakan siri pendaftaran dan latihan penggunaan Sistem BLESS kepada pemegang SKSPM dan SKSK serta kakitangan JMG Negeri sepanjang tahunb 2023. Pelaksanaan permohonan dan pemprosesan SKSPM dan SKSK melalui Sistem BLESS dapat membantu Jabatan menuju ke era pendigitalan perkhidmatan dan meningkatkan integriti serta sistem penyampaian Jabatan.
Oleh yang demikian, kesemua permohonan baru dan pembaharuan SKSPM dan SKSK/Lesn Kuari (bagi JMG Negeri yang melaksanakan Kaedah-Kaedah Kuari Negeri) perlu dipohon dan diproses secara atas talian melalui Sistem BLESS mulai 1 Mac 2024.