Selaras dengan keperluan menjadikan kelulusan teknikal projek ICT sebagai prasyarat kepada permohonan kelulusan Peruntukan Pembangunan dan Peruntukan Mengurus untuk projek ICT, Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015: Garis Panduan Permohonan Kelulusan Teknikal dan Pemantauan Projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Agensi Sektor Awam perlu ditambah baik. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Am Bilangan 7 Tahun 2024 ini akan menggantikan Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2015.