bernama.com en general news.php id2364003

 

KUALA LUMPUR, Nov 16 (Bernama) -- The declaration of Gombak Hulu-Langat Geopark as the first national geopark in Selangor will serve as a stepping stone to promote the state's natural landscape attractions, said Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.


He said the declaration would contribute to the state government's efforts to attract tourists to Selangor through the Visit Selangor Year 2025 campaign, which targets the arrival of eight million visitors.


"Among the key attractions in this geopark are its geological features, such as the granite rock formations of the main mountain range, which are between 200 and 220 million years old. There are also the late Pleistocene fossils at Batu Caves, the southernmost in Asia, aged 350 to 500 million years.


"Other attractions include the Gombak Selangor Quartz Ridge, the longest quartz ridge in Southeast Asia stretching 14 kilometres, and the oldest coal mine in Malaysia, located in Batu Arang."


He said this in his speech at the declaration ceremony of Gombak-Hulu Langat Geopark as Selangor's first national geopark at the Gua Damai Extreme Park, Batu Caves, today.

The Sultan of Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah officiated the event.

 Amirudin said the Gombak-Hulu Langat Geopark also aims for UNESCO Global Geopark status by 2028 and would undergo periodic assessments, with its first evaluation on Nov 14, 2022, during the National Geopark Committee meeting organised by the Natural Resources and Environmental Sustainability Ministry.


"I hope the Gombak-Hulu Langat Geopark will serve as a model for other districts in Selangor to increase efforts in protecting local geosites so that Selangor can be on par with other developed nations with well- preserved geosites," he said.


He added that Tourism Selangor is the managing body for the Gombak-Hulu Langat Geopark, supported by relevant agencies such as PLAN Malaysia Selangor and the Selangor Department of Mineral and Geosciences.


Amirudin also highlighted that the people of Selangor, including Orang Asli, educators and students, have benefited from the Gombak-Hulu Langat Geopark initiative through various programmes.


These include the establishment of the Gombak-Hulu Langat Geopark Management Body, which aims to create a team of local geopark guides by 2026.
In addition, community empowerment programmes focused on generating economic opportunities through local geological heritage in the Gombak and Hulu Langat districts and the emphasis on geo-food, geo- community and geo-school concepts to attract tourists, he said.
-- BERNAMA

hmetro mutakhir 2024 11 1155683 sultan selangor rasmi geopark pertama selangor

Kuala Lumpur: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin pada majlis pengisytiharan itu tadi, disambut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Pada majlis berkenaan, Sultan Sharafuddin berkenan menyempurnakan lafaz perasmian seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik pengisytiharan geopark berkeluasan 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.

Sementara itu, Nik Nazmi dalam sembah ucapannya berkata dengan pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan ketujuh ini, GHL Geopark diharapkan mampu melangkah ke arah pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dan kukuh menjadi hab geopelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan.

Beliau berkata, GHL Geopark menampilkan 31 geotapak dengan 20 daripadanya telah diiktiraf sebagai kawasan pelancongan eko dan geo, dengan landskap semula jadi dan geologi Selangor yang masih kekal terpelihara.

Antara 20 tapak berkenaan ialah Gua Batu Caves, Granit Kuala Lumpur, Permatang Kuartza Gombak, Syis Selut Karak bagi daerah Gombak dan Puncak Granit Gunung Nuang, Kompleks Mata Air Panas Dusun Tua serta Air Terjun Sungai Tekala di Hulu Langat.

Nik Nazmi berkata, GHL Geopark adalah satu-satunya geopark yang berada dalam kawasan bandar sekali gus membuktikan pembangunan wilayah dengan warisan berkepentingan geologi, biologi dan budaya, tidak dipinggirkan dalam arus pemodenan dan urbanisasi.

"Ini adalah bukti usaha kita dalam memelihara kelestarian alam semula jadi dan menguruskan kawasan berkepentingan kebangsaan yang memiliki nilai geotapak luar biasa dengan lestari," katanya.

Sebanyak 10 Geopark Kebangsaan telah diiktiraf setakat ini termasuk GHL Geopark, Jerai di Kedah, Kinta dan Lenggong di Perak, Labuan, Sarawak Delta (Sarawak), Stong (Kelantan), Kenyir (Terengganu), Perlis dan Lipis (Pahang).

Dua geopark yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp) adalah Langkawi dan Kinabalu.

astroawani.com berita malaysia gombak hulu langat geopark diharap dapat pengiktirafan unesco nik nazmi 496587

GOMBAK: Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor diharap mampu menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dan kukuh menjadi hab geopelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan.

Ringkasan AI
  • Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor diharap mampu menerima pengiktirafan sebagai UNESCO Global Geopark (UGGp) dan kukuh menjadi hab geopelancongan sekali gus meningkatkan ekonomi tempatan.
  • Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus komited membantu Kerajaan Negeri dari sudut teknikal termasuk kajian saintifik tentang sumber geotapak dan program kesedaran bersama masyarakat.
  • Kerajaan menyasarkan setiap negeri untuk memiliki dan mempunyai sekurang-kurangnya satu geopark di peringkat kebangsaan.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, Kementerian melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) akan terus komited membantu Kerajaan Negeri dari sudut teknikal termasuk kajian saintifik tentang sumber geotapak dan program kesedaran bersama masyarakat.
 
'’Pada tahun ini, Jawatankuasa Geopark Kebangsaan telah memperakukan Sarawak Delta Geopark dan Lenggong Geopark untuk dicalonkan sebagai UGGp.
 
‘’Seterusnya Kementerian telah mengemukakan sokongan bagi surat niat daripada kedua-dua geopark berkenaan kepada Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) untuk dikemukakan ke Sekretariat Geopark di UNESCO.
 
‘’Langkah seterusnya ialah mengemukakan dossier sebelum 30 November 2024 dan penilaian tapak oleh UNESCO dijangka diadakan antara Mei hingga Ogos 2025,’’ katanya.
 
Selain itu ujarnya, kerajaan menyasarkan setiap negeri untuk memiliki dan mempunyai sekurang-kurangnya satu geopark di peringkat kebangsaan.
Ujarnya, kepentingan dalam mempromosikan sumber geotapak dan geopark di Malaysia adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negara.
 
Malah, ia selari dengan usaha menggubal dasar, strategi dan garis panduan untuk memastikan pembangunan kawasan geopark dilaksanakan secara lestari dan holistik serta mencapai pengiktirafan sehingga ke peringkat global.
 
‘’Kerajaan menyasarkan setiap negeri mempunyai sekurang-kurangnya satu geopark di peringkat kebangsaan.
‘’Sebanyak 10 Geopark Kebangsaan termasuk Gombak-Hulu Langat Geopark yang telah diperakukan sehingga kini iaitu Jerai di Kedah, Kinta dan Lenggong di Perak, Labuan, Sarawak Delta di Sarawak, Stong di Kelantan, Kenyir di Terengganu, Perlis dan Lipis di Pahang.
 
‘’Manakala dua geopark yang telah mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark (UGGp) adalah Langkawi dan Kinabalu,’’ katanya lagi.
Terdahulu, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mengisytiharkan Gombak-Hulu Langat (GHL) Geopark sebagai geopark kebangsaan pertama di Selangor.
 
Pada majlis berkenaan, Baginda berkenan menyempurnakan lafaz perasmian seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik pengisytiharan geopark berkeluasan 112,955 hektar merentasi daerah Gombak dan Hulu Langat.
 
Nik Nazmi berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Pengisytiharan Gombak-Hulu Langat Geopark sebagai Geopark pertama Negeri Selangor.

 

astroawani.com videos video terkini x7sio1 kerajaan sasar satu negeri satu geopark nik nazmi x9993dm

Kerajaan menyasarkan setiap negeri untuk memiliki dan mempunyai sekurang-kurangnya satu geopark di peringkat kebangsaan. Menurut Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad, kepentingan dalam mempromosikan sumber geotapak dan geopark di Malaysia adalah untuk merangsang pertumbuhan ekonomi sektor pelancongan negara.

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input