Page 31 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 31
30 PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
penting dalam memacu ekonomi negara serta meningkatkan taraf hidup rakyat.
Dalam hal ini, JMG perlu;
a) Meyakinkan Kerajaan Negeri untuk memberi keutamaan kepada aktivti
pembangunan sumber mineral di kawasan-kawasan yang berpotensi supaya
sumber tersebut tidak dimajirkan.
b) Menggalakkan pengusaha supaya meningkatkan penggunaan sumber mineral
tempatan dan mempelbagaikan produk melalui proses tambah nilai.
c) Memastikan amalan terbaik digunapakai dalam aktiviti perlombongan dan
pengkuarian bagi memenuhi kehendak pembangunan mampan industri
mineral termasuk mematuhi piawaian pencegahan pencemaran alam sekitar.
d) Meyakinkan Kerajaan Negeri agar menggalakkan perlombongan kerana
Kerajaan Negeri akan mendapat pulangan dalam bentuk royalti di samping
menjana pembangunan ekonomi baru bagi industri berasaskan mineral
tempatan.
3. PERSAINGAN UNTUK MENARIK PELABURAN SEKTOR MINERAL
Persaingan dengan negara-negara serantau perlu dipertingkatkan bagi menarik
pelabur luar negara untuk melabur dalam industri mineral tempatan. Oleh yang
demikian ianya memerlukan;
a) Peningkatan inventori mineral yang dianggap strategik kepada negara seperti
bijih timah dan bijih besi bagi memastikan bekalan kepada industri peleburan
domestik dan kelangsungan jangka panjang kilang pelebur.
b) Publisiti potensi mineral menerusi internet, konvensyen serta misi pelaburan
ke luar negara.
c) Kajian komprehensif bagi tujuan analisis pasaran, dagangan, penggantian
import, ramalan dan unjuran ekonomi berkaitan komoditi mineral.
d) Kerjasama berterusan dan penglibatan secara langsung dengan agensi
tempatan yang terlibat dengan promosi pelaburan mineral seperti MIDA,
MATRADE dan Agensi Kerajaan Negeri.