Page 33 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 33

32      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020













                       dengan Vietnam dan akan mengemukakan beberapa lagi tuntutan bagi kawasan-
                       kawasan lain.

                   6.  MENANGANI MASALAH SUMBER BEKALAN AIR BERSIH

                       Sumber  air  tanah  merupakan  sumber  konjungtif  yang  berupaya  menyokong
                       bekalan air bersih bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sumber air sedia
                       ada. Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara (DSAN), JMG perlu mengenalpasti
                       sumber  air  tanah  secara  lebih  komprehensif  bagi  penentuan  kawasan  yang
                       berpotensi, rizab dan kualiti air. JMG perlu mengambil tanggungjawab proaktif
                       untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman tentang kepentingan air tanah
                       kepada pihak berkuasa negeri dan orang awam secara berterusan. Kepakaran
                       personel dalam bidang pengurusan sumber air tanah juga perlu dipertingkatkan
                       bagi memenuhi keperluan daripada stakeholder dan pelanggan.

                   7.  MEMASTIKAN PERLOMBONGAN DAN PENGKUARIAN SECARA MAMPAN

                       Industri perlombongan dan pengkuarian di negara ini pada keseluruhannya telah
                       banyak membawa kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara dalam bentuk
                       pembangunan ekonomi termasuk penyediaan peluang pekerjaan, pembangunan
                       infrastruktur dan kutipan cukai.

                       Namun  demikian,  persepsi  awam  terhadap  industri  perlombongan  dan
                       pengkuarian masih dibelenggu dengan isu-isu alam sekitar seperti jalan raya yang
                       kotor, sungai dicemari efluen lombong dan logam berat, gegaran, habuk dan acid
                       mine drainage (AMD). Isu perlombongan bauksit di Kuantan, Pahang pada 2015
                       menyerlahkan keperluan industri perlombongan dan pengkuarian dilaksanakan
                       secara mampan dan mendapat social licence to operate.


                       Untuk menjadikan perlombongan dan pengkuarian dijalankan secara mampan,
                       industri  perlu  dikawalselia  untuk  mempunyai  nilai  bertanggungjawab  secara
                       sosial (socially responsible) dan beroperasi menggunakan amalan kerja terbaik,
                       efisien, produktif dan selamat serta pematuhan undang-undang, peraturan dan
                       garis panduan yang jelas dan terkini.


                   8.  MENDEPANI FENOMENA PERUBAHAN IKLIM

                       Perubahan  iklim  dan  cuaca  keterlaluan  telah  mengakibatkan  bencana  alam,
                       antaranya kenaikan paras laut, banjir, tanah runtuh, hakisan pantai dan tanah,
   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38