Page 30 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 30
29
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
CABARAN-CABARAN
Berdasarkan senario persekitaran, cabaran-cabaran yang dihadapi oleh sektor
mineral dan geosains masa kini serta bagi tempoh lima tahun akan datang (2016-
2020) adalah seperti berikut:
1. MENINGKATKAN INTEGRITI MAKLUMAT MINERAL DAN GEOSAINS
JMG adalah peneraju utama dalam aspek pembangunan mineral dan perkhidmatan
geosains negara dan bertanggungjawab sebagai agensi tunjak dan pembekal
maklumat yang berkaitan dengan mineral dan geosains.
Data yang dikutip melalui cerapan lapangan dalam kerja-kerja pemetaan akan
diproses dan diolah bagi menghasilkan maklumat yang yang berkualiti. Maklumat
ini digunakan sebagai asas yang sangat penting untuk perkongsian dan diperlukan
bagi pelaburan, perancangan gunatanah serta rancangan pembangunan
infrastruktur negara.
Justeru itu, maklumat yang disediakan oleh pihak swasta juga hendaklah
mempunyai integriti bagi memberi keyakinan yang tinggi kepada pelanggan
dan stakeholder. Ciri-ciri maklumat yang berkualiti adalah meliputi aspek
kesempurnaan, keseragaman dan ketepatan serta pengekalan piawaian. Bagi
membekalkan maklumat yang mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi,
Jabatan hendaklah memastikan;
a) Ahli geologi dan pengamal geologi mematuhi Akta Ahli Geologi 2008
b) Semua maklumat mineral dan geosains melalui satu proses pemurnian
sebelum ianya diedarkan untuk kegunaan awam, dan
c) Garis panduan eksplorasi mineral dan geosains dipatuhi.
Pengetahuan, data dan maklumat geosains boleh digunakan untuk
menyelesaikan masalah, membantu meningkatkan kesejahteraan hidup
masyarakat dan menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara
serta pemeliharaan alam sekitar dan pengurusan risiko bencana.
2. MEMARTABATKAN KEPENTINGAN SEKTOR MINERAL NEGARA
Sektor mineral yang tidak kompetitif, terancam dan mempunyai persepsi negatif
perlu dimartabatkan kedudukannya sebagai satu aktiviti yang mampan dan