Page 34 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 34
33
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
kemarau, kebakaran hutan dan jerebu, disamping memberi kesan ke atas
keselamatan dan kesihatan manusia, menggugat ekonomi negara, dan juga
menyebabkan perubahan kepada alam semulajadi dan lanskap binaan. Tambahan
lagi gangguan terhadap jaminan ekosistem akan mengancam sumber air.
Kefahaman tentang isu ini memerlukan maklumat yang komprehensif berkenaan
proses semulajadi bumi.
JMG perlu menyediakan pasukan kerja yang kompeten dalam membekalkan
maklumat yang komprehensif bagi melaksanakan adaptasi dan mitigasi yang
bersesuaian. JMG juga perlu menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai
agensi dalam dan luar negara bagi memberi input yang efektif dalam mendepani
fenomena perubahan iklim ini secara lebih berkesan.
9. MENGENALPASTI SUMBER TENAGA ALTERNATIF
Sumber tenaga fosil semakin berkurangan dan penggunaannya menyumbang
kepada pembebasan gas rumah hijau (greenhouse gases). Dalam hal ini, JMG
perlu meneroka sumber tenaga alternatif seperti geoterma, tenaga solar, tenaga
elektromagnet dan tenaga nuklear bagi menjana tenaga elektrik yang berkekalan
serta dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga fosil dan
seterusnya mengurangkan pembebasan gas rumah hijau. Sumber alternatif
ini merupakan aset strategik negara bagi menjamin daya saing negara dan
kesejahteraan hidup masyarakat.
10. MEMELIHARA SUMBER WARISAN GEOLOGI
Kepelbagaian fitur geologi merupakan sumber semulajadi yang boleh dibangunkan
secara mampan dan dijadikan warisan untuk generasi masa kini dan akan datang.
JMG bertanggungjawab mengemaskini maklumat tapak-tapak geowarisan yang
berpotensi yang perlu dilindungi dan dipelihara.
Selaras dengan cadangan pembangunan geopark, JMG perlu meningkatkan
kepakaran dalam pencirian dan penilaian geotapak serta penyediaan dossier.
JMG juga perlu memainkan peranan lebih aktif dalam meningkatkan kesedaran
dan kefahaman kepada pihak berkepentingan bagi melindungi sumber warisan
geologi berkenaan untuk dimanfaatkan kepada peningkatan ekonomi penduduk
setempat serta negeri.