Page 26 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 26
25
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
14. PEMELIHARAAN SUMBER WARISAN GEOLOGI
Lanskap berpandangan indah dan singkapan batuan unik dengan pelbagai nilai
saintifik, estatik, warisan, sejarah dan budaya merupakan khazanah negara
yang perlu dikenalpasti dan dipelihara. Kepelbagaian geologi ini merupakan
sumber semulajadi yang boleh dibangunkan sebagai produk pelancongan
utama dan dijadikan warisan untuk generasi masa kini dan akan datang. Inisiatif
pembangunan berkonsep geopark di bawah UNESCO telah terbukti dapat
meningkatkan aktiviti pelancongan di suatu kawasan dan akan dapat menjana
ekonomi kepada masyarakat setempat dan negara.
Selaras dengan penubuhan Jawatankuasa Geopark Kebangsaan, JMG perlu
memainkan peranan lebih aktif dalam membuat pemetaan geologi warisan
dan pencirian geotapak untuk pewartaan dan dibangunkan sebagai geopark.
Jabatan komited untuk mendapatkan pengiktirafan geopark kebangsaan bagi
lima kawasan iaitu Lembah Kinta di Perak, Gunung Jerai di Kedah, Delta Sungai
Sarawak di Sarawak, Gunung Kinabalu di Sabah dan Tasik Kenyir di Terengganu.
15. PEMERKASAAN AKTIVITI PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN
PENGKOMERSIALAN MINERAL TEMPATAN
Aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan (R&D&C) mineral
berupaya mempertingkatkan penggunaan sumber mineral tempatan, tambah
nilai dan penghasilan kepelbagaian produk. Hasil ini dapat mengurangkan
kebergantungan ke atas mineral yang diimport. Hasil R&D juga mampu untuk
memacu Malaysia sebagai pengeluar dan pembekal tersohor bagi produk yang
berasaskan mineral. Sepanjang tahun 2016-2020, JMG perlu memperkasakan
usaha untuk menjadikan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) sebagai pusat
kecemerlangan R&D&C mineral negara.
16. PEMBANGUNAN MAMPAN SUMBER MINERAL
JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Pembangunan
Mineral 1994, Kaedah-Kaedah Kuari serta Peraturan-Peraturan yang berkaitan
dengannya untuk pengusahasilan mineral di negeri-negeri. Disamping itu,
JMG juga turut terlibat dalam membantu menguatkuasakan undang-undang
mineral negeri yang lain seperti Enakmen Mineral Negeri. Untuk memastikan