Page 28 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 28

27
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020












                       Bagi  projek  sumber  air  tanah  negara,  Jabatan  akan  melaksanakan  penilaian
                       rizab air tanah di lima lembangan dan penyediaan air tanah sebagai sumber air
                       alternatif di kawasan bermasalah bekalan air bersih.

                       Projek  yang  berkaitan  dengan  bencana  geologi  pula  akan  dijalankan  bagi
                       memetakan bencana tanah runtuh dan risiko cerun serta kajian sesar aktif dan
                       risiko gempa bumi. Hasil daripada projek tersebut dapat digunakan sebagai input
                       utama dalam pengurusan risiko bencana tanah runtuh dan gempa bumi negara.

                   19. PEMANTAPAN PERUNDANGAN DAN PERATURAN


                       Perundangan  dan  peraturan  adalah  perlu  bagi  sesebuah  organisasi  berfungsi
                       dengan cekap dan berkesan. Perundangan yang lapuk perlu dimansuhkan atau
                       dipinda bagi memenuhi keperluan semasa. Buat masa sekarang, Jabatan sedang
                       dalam  peringkat  penggubalan  Akta  Penyiasatan  Kajibumi  dan  Geosains  bagi
                       menggantikan Akta Penyiasatan Kajibumi 1974 yang sedang berkuatkuasa.  Akta
                       ini bertujuan untuk memperkukuh dan memperluaskan bidang kuasa JMG sesuai
                       dengan bidang tugas dan tanggungjawab semasa.


                       Jabatan  juga  sedang  mengkaji  semula  Akta  Pembangunan  Mineral  1994  dan
                       Enakmen Mineral Negeri dengan perundangan lain bagi tujuan penyelarasan dan
                       mengelakkan konflik dengan agensi lain.


                   20. PENGUKUHAN KERJASAMA STRATEGIK MELALUI PERKONGSIAN PINTAR

                       Jalinan kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dalam dan luar negara dalam
                       bidang mineral dan geosains adalah penting bagi meningkatkan kompetensi dan
                       imej Jabatan. Sehingga kini Jabatan telah mengadakan kerjasama dengan agensi
                       tempatan, pihak industri serta institusi penyelidikan. Di arena antarabangsa, JMG
                       telah  mengorak  langkah  secara  aktif  mengambil  peluang  dalam  aktiviti  yang
                       dianjurkan oleh organisasi kerajaan dan bukan kerajaan. Kerjasama strategik ini
                       perlu  dipertingkat  dan  diperluaskan  lagi  untuk  mempercepatkan  perkongsian
                       maklumat dan kepakaran.
   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32   33