Page 32 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 32

31
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020












                       e)  Usaha Kerajaan dalam memperluaskan skop Promoted Activities and Products
                          di bawah aktiviti mineral supaya para pelabur diberi insentif menarik seperti
                          mendapat taraf Status Perintis (Pioneer Status) dan ditawarkan Elaun Cukai
                          Pelaburan (Investment Tax Allowance) melalui MIDA.

                   4.  MEMARTABATKAN PENGGUNAAN MAKLUMAT GEOSAINS DALAM
                       PEMBANGUNAN NEGARA

                       Maklumat geosains adalah input penting dalam perancangan guna tanah dan
                       pembangunan  negara.  JMG  perlu  menyediakan  maklumat  dan  data  spatial
                       geosains  yang  komprehensif  bagi  memenuhi  keperluan  stakeholder  dan
                       pelanggan. Peralatan teknikal dan kepakaran personel juga perlu dipertingkatkan
                       selaras  dengan  keperluan  dan  perkembangan  teknologi  terkini.  Maklumat
                       yang  disediakan  perlu  mudah  difahami  dan  boleh  digunapakai  secara  efektif
                       dalam  perancangan  guna  tanah  bagi  mencapai  pembangunan  mampan  dan
                       mengurangkan risiko bencana.

                       JMG juga perlu memainkan peranan lebih aktif dalam menyalurkan maklumat
                       kepada  pihak  berkepentingan  dan  jawatankuasa  yang  dianggotai  seperti
                       Jawatankuasa Bencana Negara, Pusat Sehenti (OSC), Jawatankuasa Perancangan
                       Pembangunan  Tanah  Tinggi  dan  Sensitif  Alam  Sekitar  serta  jawatankuasa-
                       jawatankuasa lain yang berkaitan.

                   5.  PEMETAAN GEOLOGI UNTUK MENJAMIN KEDAULATAN SEMPADAN
                       NEGARA

                       Pemetaan geologi di kawasan sempadan negara sangat penting bagi menjamin
                       kedaulatan negara dan keharmonian hubungan dua hala dengan negara-negara
                       jiran  terutamanya  dalam  aspek  penerokaan  sumber  bumi  yang  merentasi
                       sempadan.

                       Pemetaan geologi marin yang sistematik perlu diperluaskan di pelantar benua
                       Laut China Selatan di bahagian barat laut Sabah dan Sarawak untuk menyediakan
                       Submission Fasa ke-2 kepada Commission on the Limits of the Continental Shelf
                       (CLCS),  Bangsa-Bangsa  Bersatu  bagi  menuntut  hak  milik  Malaysia  dibawah
                       Artikel 76 United Nations Convention on the Law of the Sea 1982 (UNCLOS).
                       Sekiranya  pemetaan  perairan  negara  ini  tidak  diselesaikan,  Malaysia  akan
                       kekurangan  bukti  dalam  sebarang  kes  tuntutan  sempadan  pelantar  benua.
                       Malaysia telah mengemukakan tuntutan kawasan pelantar benua secara bersama
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37