Page 35 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 35

34      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020













                   11. MENGKOMERSIALKAN PRODUK R&D MINERAL


                       Jabatan perlu meningkatkan aktiviti penyelidikan mineral sesuai dengan keperluan
                       semasa. Usaha memberi perkhidmatan perundingan R&D, pengkomersialan dan
                       mempatenkan  produk  R&D  perlu  diperhebatkan.  Penyelidikan  dalam  bidang
                       mineral bersama agensi-agensi penyelidikan lain serta pusat pengajian tinggi di
                       dalam dan luar negara perlu diperluas kearah pengkomersialan.

                       Jabatan perlu mempertingkatkan usaha untuk menyakinkan pihak industri bagi
                       menggunapakai  dan  mengkomersialkan  produk  R&D.  Pemindahan  teknologi
                       kepada industri mineral serta industri kecil dan sederhana (IKS) juga hendaklah
                       dilaksanakan dengan lebih berkesan.


                   12. MENINGKATKAN TADBIR URUS DAN KAPASITI ORGANISASI

                       JMG perlu memperkukuhkan amalan tadbir urus Jabatan dan menyediakan kapasiti
                       organisasi  yang  kondusif  bagi  menyediakan  asas  penyampaian  perkhidmatan
                       yang  lebih  berkesan.  Bagi  mendepani  cabaran  yang  semakin  meningkat  dan
                       kompleks, Jabatan perlu bersedia dengan kepakaran dan teknologi terkini bagi
                       memastikan fungsi Jabatan berjalan lancar dan memenuhi ekspektasi pelanggan.
                       Sumber kewangan terhad dan peralatan yang tidak mencukupi juga merupakan
                       satu kekangan dalam penyampaian perkhidmatan Jabatan dan perlu ditangani
                       segera.


                       Disamping  itu,  keupayaan  dalam  mengurus  sumber,  merencana  tindakan,
                       mengurus  konflik  dan  membuat  keputusan  yang  baik  perlu  dipertingkatkan.
                       Justeru  itu  kesinambungan  kepakaran  dan  kelancaran  peralihan  kepimpinan
                       dalam Jabatan dapat direncanakan dengan teratur dan berkesan.


                   13. MENINGKAT DAN MENGEKALKAN KEPAKARAN DALAM JABATAN

                       JMG perlu lebih agresif dalam menyediakan personel yang berkebolehan dan
                       berpengetahuan  tinggi  dalam  melaksanakan  fungsi-fungsi  Jabatan.  Matlamat
                       ini  boleh  dicapai  melalui  perancangan  dan  penyediaan  satu  pelan  strategik
                       pembangunan modal insan berhubung urusan kerjaya, latihan, kursus, kenaikan
                       pangkat dan anugerah. Dengan ini, ianya mampu meningkatkan semangat kerja
                       di  kalangan  anggota  akibat  dari  peluang  kerjaya  yang  terhad  dan  kekangan
                       struktur organisasi. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran ahli geologi di JMG
                       adalah selaras dengan kehendak Akta Ahli Geologi 2008.
   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39   40