Page 36 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 36
35
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
Kepakaran sedia ada dalam pelbagai bidang mineral dan geosains perlu dikekalkan
demi kesinambungan dan survival Jabatan. Usaha-usaha untuk pemindahan
kepakaran kepada pegawai pelapis perlu dipergiatkan bagi memastikan
kelangsungan penyampaian perkhidmatan berkepakaran tinggi Jabatan. Insentif
yang sesuai dalam kemajuan kerjaya kepada personel berkepakaran tinggi perlu
diberikan berdasarkan kompetensi masing-masing agar kepakaran mereka dapat
dikekalkan dalam Jabatan.
14. MENJAMIN KEPENTINGAN NEGARA DALAM KERJASAMA ANTARABANGSA
JMG terlibat dalam pelbagai program antarabangsa seperti Coordinating
Committee for Geoscience Programme in East and Southeast Asia (CCOP),
ASEAN Senior Officials Meeting on Minerals (ASOMM), ASEAN Ministerial
Meeting on Minerals (AMMin) dan Asia-Pacific Economic Coorperation (APEC)
serta kerjasama dua hala melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan
Korea Selatan, Thailand, Indonesia dan China.
Selaras dengan itu, Jabatan perlu menyediakan kumpulan pegawai yang kompeten
dalam melaksanakan keperluan jalinan kerjasama antarabangsa berkenaan.
Kesempurnaan tugasan akan memastikan kepentingan negara di peringkat
antarabangsa terpelihara.
15. MENINGKATKAN USAHASAMA STRATEGIK DALAM BIDANG MINERAL DAN
GEOSAINS
JMG telah menjalinkan usahasama strategik dengan pelbagai agensi dalam dan luar
negara seperti PETRONAS, Tenaga Nasional Berhad, Agensi Nuklear Malaysia,
Mine Reclamation Corporation Korea (MIRECO), China Geological Survey dan
Mineral Technology South Africa (MINTEK). Usahasama strategik seperti ini perlu
diterus dan dipertingkatkan bagi tujuan perkongsian kepakaran dan maklumat
teknikal di antara dua pihak. Ia juga secara langsung akan meningkatkan
kepakaran Jabatan dalam bidang mineral, geosains dan penyelidikan.
16. MEMARTABATKAN PERKHIDMATAN MAKMAL SEBAGAI PUSAT
KECEMERLANGAN
Makmal JMG menyediakan perkhidmatan analisis untuk pelanggan dalaman
dan luaran serta urusan komersial dan pembuktian mahkamah. Kebanyakan
kaedah analisis telah mendapat akreditasi daripada Jabatan Standard Malaysia.
Perkhidmatan analisis ini perlu dipertingkatkan dengan penggunaan fasiliti