Page 27 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 27

26      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020













                       kemampanan pengusahasilan mineral, hak melombong hendaklah dikeluarkan
                       hanya kepada pelombong sebenar (genuine miner) dengan keluasan kawasan
                       dan mengikut tempoh jangka hayat longgokan. Di samping itu, aktiviti eksplorasi
                       mineral hendaklah dijalankan secara berterusan dan sistematik untuk menyokong
                       ketersediaan longgokan mineral yang boleh diusahasilkan.


                   17. PENINGKATAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN MAKMAL

                       Makmal JMG telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dalam bidang analisis
                       kimia (MS ISO/IEC 17025), Ujian Batu Dimensi (MS ISO 9001:2008) dan Ujian
                       Pemprosesan Bijih Timah (MS ISO 9001:2008). Akreditasi ini perlu dikekalkan
                       bagi memberi keyakinan yang berterusan kepada pelabur yang berminat. Skop
                       ujian berakreditasi perlu ditambah dari semasa ke semasa mengikut keperluan.
                       Pengiktirafan ini akan menjadikan perkhidmatan makmal Jabatan lebih diyakini
                       dan diterima oleh stakeholder dan pelanggan.

                   18. PELAKSANAAN PROJEK-PROJEK RMKe-11


                       Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11) sebagai rancangan pembangunan lima
                       tahun  negara  akan  dilaksanakan  dari  tahun  2016  hingga  2020.  Strategi  ini
                       berasaskan kepada Strategi Pembangunan Nasional Malaysia (MyNDS) dengan
                       tumpuan kepada projek outcome yang berimpak tinggi.

                       Dalam RMKe-11 Jabatan telah diluluskan peruntukan pembangunan sebanyak
                       RM157.1  juta.  Peruntukan  bagi  projek  berkaitan  mineral  adalah  sebanyak
                       RM62.5 juta, sumber air tanah RM68.0 juta dan bencana geologi RM26.6 juta.


                       Maklumat  mineral  dan  geosains  yang  diperoleh  melalui  pelaksanaan  projek-
                       projek  di  bawah  RMKe-11  akan  dapat  memberi  impak  yang  tinggi  kearah
                       menarik minat pelabur bagi menjana pertumbuhan dan mempelbagaikan sumber
                       ekonomi negara di samping membantu kerajaan negeri membuat perancangan
                       guna tanah dan pemeliharaan alam sekitar dengan lebih berkesan dan mampan.


                       Di  bawah  Rancangan  Malaysia  Ke-11,  JMG  mempunyai  komitmen  untuk
                       melaksanakan  projek  berkaitan  mineral  untuk  penilaian  sumber  emas,  timah,
                       bauksit,  mangan,  batu  arang,  dolomit  dan  pasir.  Kajian  geofizik  awangan
                       dilaksanakan di kawasan ECER menggunakan kaedah magnetik dan radiometrik
                       bagi mensempadankan kawasan pemineralan.
   22   23   24   25   26   27   28   29   30   31   32