Page 23 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 23

22      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020













                       untuk  menamatkan  kemiskinan,  melawan  ketidaksamaan  dan  ketidakadilan,
                       dan menangani perubahan iklim menjelang tahun 2030. SDGs ini adalah bagi
                       menggantikan  Millenium  Development  Goals  (MDGs)  yang  telah  tamat  pada
                       tahun 2015. Konsep SDGs ini telah diilhamkan di United Nations Conference on
                       Sustainable Development, Rio+20 pada tahun 2012.


                       Secara ringkasnya, SDGs yang baharu ini mempunyai agenda kemampanan yang
                       lebih luas iaitu cuba menangani punca kemiskinan dan keperluan pembangunan
                       yang boleh digunapakai untuk semua orang. Oleh yang demikian, objektif utama
                       SDGs adalah untuk menghasilkan satu set matlamat universal yang seimbang
                       dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu alam sekitar, sosial dan ekonomi.


                   8.  PELAKSANAAN DASAR MINERAL NEGARA 2 (DMN2)

                       DMN2  digubal  untuk  mempertingkatkan  sumbangan  sektor  mineral  dalam
                       pembangunan  sosio-ekonomi  negara  melalui  pembangunan  sumber  mineral
                       yang  efisien,  bertanggungjawab,  mampan  dan  penggunaan  secara  optimum.
                       Bagi melaksanakan program-program di bawah sembilan teras DMN2, tiga pelan
                       induk  telah  disediakan  iaitu  Pelan  Induk  Pembangunan  Mineral,  Pelan  Induk
                       Pembangunan Industri Kuari dan Pelan Induk Pemulihan Lombong dan Kuari.
                       JMG perlu berperanan untuk menyakin Kerajaan Negeri supaya menerima pakai
                       sepenuhnya ketiga-tiga Pelan Induk tersebut untuk pembangunan mineral secara
                       mampan.

                   9.  PEMANTAPAN TADBIR URUS DAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN


                       Tadbir urus yang baik dan kapasiti organisasi yang mantap adalah asas kepada
                       penyampaian perkhidmatan yang cekap dan berkesan. Jabatan perlu menyusun
                       semula struktur organisasi ke arah menyediakan sistem tadbir urus yang kondusif.


                       Pengurusan  dan  pembangunan  modal  insan  juga  menjadi  elemen  penting
                       dalam  menjayakan  visi  dan  misi  Jabatan.  Menjelang  tahun  2020  lebih  50%
                       pegawai yang berada diperingkat pengurusan dan berpengalaman akan bersara
                       wajib  dan  boleh  menjejaskan pengurusan  Jabatan. Penyediaan  personel  yang
                       berpengetahuan dan berkepakaran tinggi juga sangat penting bagi meneruskan
                       kesinambungan  penyampaian  perkhidmatan  Jabatan.  Justeru,  tindakan  segera
   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27   28