Page 24 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 24
23
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
perlu dilaksanakan untuk menangani isu ini dengan menyediakan pelan
penggantian yang komprehensif dan pengisian kekosongan jawatan.
10. JAMINAN BEKALAN MINERAL YANG BERTERUSAN
Dalam tempoh 2016 hingga 2020, negara memerlukan lebih banyak bahan
mineral terutamanya bagi sektor pembinaan dan pembuatan ekoran daripada
perkembangan ekonomi semasa. Negara kini masih mengimport kebanyakan
mineral walaupun mempunyai banyak rizab mineral berpotensi yang belum
dibangunkan.
Sumber sedia ada yang telah dikenalpasti perlu diusahasilkan bagi mengelakkan
ianya termajir disebabkan oleh pembangunan fizikal yang pesat. Justeru, satu
mekanisme pengurusan sumber mineral yang komprehensif melibatkan pihak-
pihak yang berkepentingan seperti agensi kerajaan negeri dan pihak berkuasa
tempatan perlu diwujudkan.
Pengusahasilan sumber mineral tempatan bukan sahaja dapat mengurangkan
pengaliran keluar wang negara malah memperluaskan punca hasil negeri di
samping menggerakkan ekonomi serta memberi peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat.
11. JAMINAN SUMBER BEKALAN AIR BERSIH
Jaminan dan kemampanan sumber air perlu dikekalkan bagi memastikan
kebolehdapatan dan bekalan yang mencukupi serta selamat untuk menampung
keperluan alam dan manusia. Penggunaan secara mampan dengan
mengoptimumkan opsyen sumber air yang pelbagai jenis secara konjungtif dapat
mengurangkan kebergantungan kepada sumber sedia ada. Selaras dengan Dasar
Sumber Air Negara, JMG berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air
tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat.
Sumber air tanah juga perlu ditentukan di kawasan-kawasan sensitif sebagai
tindakbalas bantuan bencana seperti pencegahan kebakaran gambut. Pengurusan
sumber air tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih
yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan
persekitaran.