Page 22 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 22

21
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020







 ISU-ISU STRATEGIK



                       memastikan penyampaian program dan perkhidmatan kepada orang awam yang
                       berimpak tinggi, kos rendah dan pelaksanaan pantas dengan memaksimumkan
                       penggunaan sumber sedia ada. Selaras dengan ini, JMG perlu mengambil langkah
                       proaktif dalam pelaksanaan program dan aktiviti bagi memenuhi matlamat dan
                       ekspektasi yang sama.


                   5.  PENINGKATAN SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

                       Kerajaan  telah  mengarahkan  semua  Jabatan  supaya  menambah  baik  dan
                       meningkatkan  sistem  penyampaian  terutama  kepada  orang  awam  melalui
                       beberapa pekeliling dan arahan berkaitan. Penggunaan ICT merupakan salah satu
                       kaedah digunapakai bagi mempercepatkan proses kerja dan memudahkan orang
                       awam berurusan dengan Jabatan. JMG juga menubuhkan kumpulan kerja untuk
                       terus mengkaji prosedur-prosedur kerja untuk mengurangkan kerenah birokrasi,
                       serta mencari kaedah-kaedah mengurangkan masa memproses dan menambah
                       baik sistem penyampaian.


                   6.  ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM

                       Kesan perubahan iklim sudah mula menjejaskan kesejahteraan hidup dan menjadi
                       satu cabaran dalam usaha untuk mengekalkan kemampanan negara. Kejadian
                       bencana  seperti  tanah  runtuh,  kemarau  panjang  dan  banjir  semakin  kerap
                       berlaku menyebabkan banyak kemusnahan dan kerugian yang besar. Kerajaan
                       mengambil  langkah  dengan  menggubal  Dasar  Perubahan  Iklim  Negara  bagi
                       memastikan pembangunan yang lebih berdaya tahan melalui perancangan dan
                       penggunaan sumber asli secara mampan serta keseimbangan tindakan adaptasi
                       dan  mitigasi.  Selaras  dengan  ini,  JMG  berperanan  menyediakan  maklumat
                       dan  perkhidmatan  geosains  berkepakaran  tinggi  untuk  memberi  input  dalam
                       perancangan pembangunan dan penggunaan sumber secara lebih mampan.


                   7.  SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOALS (SDGs)

                       Pada 25 September 2015, sebanyak 193 negara daripada Perhimpunan Agung
                       Pertubuhan  Bangsa-Bangsa  Bersatu  (PBB)  telah  bersetuju  untuk  menerima
                       pakai  matlamat  pembangunan  mampan  atau  Sustainable Development Goals
                       (SDGs)  melalui  agenda  yang  secara  rasminya  dikenali  sebagai  Transforming
                       Our World: the 2030  Agenda for Sustainable Development  yang  bertujuan
   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26   27