Page 21 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 21

20      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020








                               ISU-ISU STRATEGIK



                   Melalui analisis senario persekitaran, beberapa isu strategik telah dikenalpasti seperti
                   berikut:


                   1.  GAGASAN 1MALAYSIA

                       Y.A.B Perdana Menteri Malaysia telah mencetuskan idea gagasan Malaysia yang
                       bertemakan  “1Malaysia:  Rakyat  Didahulukan,  Pencapaian  Diutamakan”.  Bagi
                       merealisasikan gagasan ini, JMG telah menyediakan gagasan yang bertemakan
                       “1JMG, Bumi Diteroka, Persekitaran Dipelihara” sebagai aspirasi kepada Pelan
                       Strategik JMG 2016-2020.



                   2.  PROGRAM TRANSFORMASI KERAJAAN (GTP)

                       Program Transformasi Kerajaan merupakan satu pelan hala tuju yang menjadikan
                       matlamat serta keberkesanan kerajaan lebih telus dan kuantitatif. Pelan tersebut
                       memperincikan  objektif,  keberhasilan  dan  set  tindakan  dalam  bidang  yang
                       dikenalpasti sebagai Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dengan memberi
                       fokus  kepada  Bidang  Keberhasilan  Utama  Kementerian  (MKRA).  Sehubungan
                       dengan itu, JMG telah mengenal pasti beberapa bidang keberhasilan utama di
                       peringkat Jabatan untuk dilaksanakan selaras dengan Bidang Keberhasilan Utama
                       Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).



                   3.  PELAN TRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM


                       MAMPU telah memperkenalkan beberapa pembaharuan dan permodenan dalam
                       Perkhidmatan Awam di negara ini, termasuk transformasi Sistem Penyampaian
                       Perkhidmatan dengan matlamat untuk menjadikan Perkhidmatan Awam negara
                       ini bertaraf dunia. JMG turut melaksanakan pelan transformasi ini selaras dengan
                       matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi
                       menjelang tahun 2020.


                   4.  STRATEGI LAUTAN BIRU KEBANGSAAN (NBOS)

                       Kerajaan  memperkenalkan  Strategi  Lautan  Biru  Kebangsaan  atau  National
                       Blue  Ocean  Strategy  (NBOS)  dalam  perancangan  strategik  dan  operasi  untuk
   16   17   18   19   20   21   22   23   24   25   26