AMPANG JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan status tanah di lokasi tanah runtuh dekat Jalan E6 di Taman Melawati, di sini hari ini berada dalam keadaan stabil dan tiada pergerakan direkodkan.
“Keadaan tanah runtuh dah stabil, tidak ada pergerakan lagi.
“Jadi, hanya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk menebang beberapa pokok yang dalam keadaan kurang stabil dan mereka (pihak terlibat) akan menilai dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita.