Tanah runtuh Taman Melawati: Tanah stabil, tiada pergerakan

Screenshot 2024 10 18 091421

AMPANG JAYA – Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan status tanah di lokasi tanah runtuh dekat Jalan E6 di Taman Melawati, di sini hari ini berada dalam keadaan stabil dan tiada pergerakan direkodkan.

“Keadaan tanah runtuh dah stabil, tidak ada pergerakan lagi.

 “Jadi, hanya ada beberapa perkara yang perlu dilakukan termasuk menebang beberapa pokok yang dalam keadaan kurang stabil dan mereka (pihak terlibat) akan menilai dari semasa ke semasa,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas meninjau lokasi tanah runtuh serta menyantuni penduduk yang berada di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Jalan E5, Taman Melawati, di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan hujan lebat sejak awal pagi kelmarin mengakibatkan kejadian tanah runtuh setinggi 30 meter di Taman Melawati, di sini dan menyebabkan 21 unit rumah teres terputus laluan utama. – KOSMO! ONLINE

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input