Tiada pergerakan tanah susulan, penghuni terjejas belum dibenar pulang - Polis

Screenshot 2024 10 17 094812

AMPANG JAYA: Tiada pergerakan tanah susulan dikesan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Serdang, dekat Taman Melawati di sini, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, bagaimanapun penduduk terkesan belum lagi dapat dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Mengulas lanjut, katanya Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) melalui pembentangan dengan kerjasama Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) Jabatan Kerja Raya (JKR) hari ini memberikan pandangan dan nasihat teknikal kepada agensi berkenaan dalam urusan pembaikan cerun bagi memastikan keselamatan umum terpelihara.

"Berdasarkan pembentangan itu, tiada sebarang pergerakan tanah di kesan di lokasi kejadian tanah runtuh di Jalan Serdang ini.

 
"Pihak Majlis Perbandaran Ampang jaya (MPAJ) pada masa ini giat melaksanakan kerja laluan kepada mitigasi dan pembaikan cerun di Jalan G2 dan Jalan Serdang.

 

"Penduduk di Jalan E6 yang terkesan dengan insiden ini belum lagi dapat dibenarkan untuk pulang ke rumah masing-masing sehingga kerja-kerja pembaikan cerun selesai," katanya melalui kenyataan hari ini.

 

Terdahulu, beliau mempengerusikan mesyuarat penyelarasan antara agensi susulan kejadian tanah runtuh itu yang mana pembentangan dilakukan JMG.

Mesyuarat turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), JMG, Pejabat Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), JKR, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang rami tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan insiden ini dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan kerja pembaikan.

 
 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input