Screenshot 2024 09 02 083812

Kabinet arah guna AI kenal pasti kawasan risiko tanah jerlus

KUALA LANGAT: Kabinet mengarahkan kawasan-kawasan tanah jerlus di seluruh negara dikenal pasti menggunakan kaedah sains dan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) bagi memastikan masalah tersebut dapat diatasi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan tersebut dilakukan selepas lebih 2,000 kawasan cerun dikenal pasti berisiko sebelum ini bagi mengelakkan berlaku kejadian tanah runtuh.

“Seperti dibincangkan dalam kabinet baru-baru ini, kerajaan akan lebih fokus bagaimana hendak mengatasi atau mengelakkan kejadian itu dengan menggunakan sains dan teknologi seperti AI dan sebagainya.

“Kita belum kenal pasti kawasan-kawasan risiko berlaku lubang benam, tetapi kita merentasi kementerian yang terlibat dalam pembangunan dalam kawasan Kuala Lumpur dan Lembah Klang yang turut melibatkan agensi-agensi lain,” katanya kepada pemberita dalam Majlis Perasmian Pembukaan Seksyen 1 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE), semalam.

Operasi Carilamat yang masuk hari kelapan bagi mencari mangsa wanita warga India, iaitu G. Vijaya Lakshmi, 48, diteruskan membabitkan pelbagai agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), DBKL dan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd.

Pada 23 Ogos, wanita itu hilang selepas terjatuh ke lubang sedalam lapan meter susulan insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India semasa melalui jalan itu untuk ke kuil berhampiran.

Dalam pada itu Alexander memberitahu, kementeriannya turut memberi bantuan bagi mengesan kedudukan mangsa termasuk menggerakkan aset-aset milik Kementerian Kerja Raya (KKR).

Setakat ini, kerja-kerja menyelamat masih dijalankan dan saya difahamkan isu tersebut diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaliha Mustafa, beliau sudah memberitahu kerja-kerja mencari mangsa masih dijalankan.

“Jadi, kami di KKR dan Jabatan Kerja Raya (JKR) membantu dari segi sumbangan teknikal, gerakan aset yang di tahap knowledge based, sebab JKR memang kejuruteraan dan sebagainya,” ujarnya. –UTUSAN

Screenshot 2024 08 30 090120

KUALA LUMPUR: Personnel from the Minerals and Geosciences Department were sighted scanning Jalan Masjid India.

Several personnel clad in blue vests, were seen operating a four-wheeled ground penetrating radar device at around 3.15pm today from the initial sinkhole which formed last Friday toward the second sinkhole site.

One person was operating the device while another was seen taking notes on a piece of paper.

Two others were also seen walking together with their colleagues.

About half an hour later, Indian High Commissioner to Malaysia B.N. Reddy also visited Masjid India.

He was seen accompanied by Dang Wangi deputy police chief Superintendent Nuzulan Mohd Din visiting the site where Indian tourist G. Vijaya Lakshimi was swallowed by the sinkhole last friday.

Earlier today, Kuala Lumpur City Hall said GPR scans would be conducted by the Minerals and Geoscience Department as the search and rescue operations for the tourist swallowed by a sinkhole at Jalan Masjid India entered its seventh day.

It added that the search team's priority was to find the victim as soon as possible.

On Aug 23, Vijaya Lakshimi, 48, went missing after falling into an 8m sinkhole in Jalan Masjid India while walking along the road.

 

Screenshot 2024 08 30 085621

KUALA LUMPUR – Fenomena lubang benam atau`sinkhole’ yang disebabkan faktor semula jadi atau disebut kars adalah kejadian yang amat jarang berlaku termasuk di bandar raya Kuala Lumpur.

Pakar geologi, Dr. Elanni Md Affandi berkata, beberapa kejadian lubang benam yang dilaporkan berlaku sebelum ini berpunca daripada kejadian seperti saluran paip pecah, paras air bawah tanah yang berubah serta kerja-kerja pembinaan.

 

Sehubungan itu, beliau yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa dengan bantuan pelbagai pakar mengkaji risiko bawah tanah di Kuala Lumpur dan interaksi dengan sistem utiliti atau infrastruktur yang ‘ditanam’ oleh manusia.

Ujarnya, kajian dan siasatan yang menyeluruh membabitkan semua pihak berkenaan dengan bantuan alat geofizik mampu memberikan gambaran yang jelas mengenai keadaan bawah tanah Kuala Lumpur.

 

“Adakah kejadian ini di Jalan Masjid India dinamakan tanah jerlus, lubang benam atau hanya sekadar mendapan tanah yang tercetus oleh kegagalan reka bentuk sistem utiliti?

“Insiden mendapan tanah di tempat yang sama sebelum ini menunjukkan kawasan tersebut berisiko tinggi, namun apa tindakan susulan yang dibuat oleh pihak berkuasa, atau sekadar membaiki permukaan yang kita nampak sahaja?” katanya.

 

Beliau berkata demikian menerusi pandangan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Jabatan Geologi (UM) baru-baru ini.

Tambah Elanni, ancaman terbesar di sesebuah bandar yang membangun bukanlah petaka semula jadi tetapi daripada tindakan manusia sendiri.

Jelas beliau, kehilangan nyawa, kerosakan dan kerugian yang terhasil boleh dikurangkan melalui reka bentuk infrastruktur, pemantauan dan usaha mitigasi yang berkesan.

“Melihat kepada fasa pembangunan yang pesat di Kuala Lumpur, informasi geosaintifik perlu dikongsi dan diterapkan dalam pelan pembangunan secara menyeluruh mengambil kira faktor-faktor antropogenik untuk meningkatkan daya tahan bandar terhadap bencana akibat perubahan iklim serta dari kerja-kerja pembangunan,” katanya.

Sementara itu, menerusi pandangan sama, Elanni turut menjawab berhubung dakwaan yang tular di media sosial kononnya Kuala Lumpur berisiko tenggelam atau jatuh ke dalam gua besar.

Menjelaskan lebih lanjut, katanya, berdasarkan sejarah, Kuala Lumpur adalah sebahagian Lembah Klang yang merupakan kawasan lombong timah sejak tahun 1850-an.

Disebabkan kedudukan bandar itu di paras yang sangat rendah yang dikenali sebagai dataran `alluvial’ atau dataran banjir, maka tidak hairan banjir kerap berlaku di ibu kota.

“Namun, kadar taburan hujan yang lebih kerap dan keamatan yang tinggi (akibat perubahan iklim) telah meningkatkan lagi proses yang menyumbang kepada petaka geologi seperti tanah runtuh, lubang benam dan tanah mendap.

“Kita perlu belajar untuk beradaptasi dengan keadaan semasa di mana petaka geologi adalah sesuatu yang bukan luar biasa lagi,” katanya. – MalaysiaGazette

KUALA LUMPUR: Belumpun tamat operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India yang memasuki hari keenam, pasukan keselamatan berdepan cabaran baharu apabila satu lagi mendapan tanah dikesan pada awal pagi tadi.

 

Apa yang mengejutkan, mendapan itu yang dikesan pada 2.30 pagi, berlaku berhampiran pondok polis iaitu terletak kira-kira 50 meter dari lokasi insiden yang menyaksikan pelancong wanita warga India dikenali sebagai Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter.

Ia sekali gus menyaksikan Jalan Masjid India ditutup kepada semua kenderaan manakala orang awam tidak dibenarkan berada di kawasan itu namun pejalan kaki masih dibenar melalui sebahagian jalan berkenaan yang tidak terjejas.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) juga telah diminta memeriksa paip kumbahan di lokasi insiden mendapan tanah berhampiran pondok polis itu.

 

Terdahulu, operasi SAR yang melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM), DBKL, Angkatan Pertahanan Awam dan polis hari ini bermula dengan perbincangan berkaitan teknik, kaedah serta penugasan selain kerja survei oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

Di Loji IWK Pantai Dalam pula, dua anggota SAR sekali lagi memasuki stesen pam pada sebelah pagi dalam usaha mengesan mangsa dengan kedua-duanya lengkap memakai topeng dan tangki oksigen selain topi keselamatan.

Mereka memasuki stesen pam itu pada 10.30 pagi dan keluar 20 minit kemudian namun setakat tengah hari, masih tiada petunjuk positif ditemukan mengenai keberadaan mangsa di lokasi berkenaan.

Bernama difahamkan operasi SAR di loji itu ditanggguh pada 5.40 petang dan pencarian akan disambung pada 9 pagi esok.

 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang berkesempatan meninjau lokasi kejadian di Jalan Masjid India, pula berkata kerajaan akan melaksanakan audit integriti terhadap keseluruhan sistem utiliti di kawasan itu selepas SAR selesai.

Beliau berkata pemeriksaan itu dilaksana bagi memastikan keselamatan orang ramai selain mengetahui punca insiden mendapan di kawasan berkenaan.

Warganet dan orang ramai juga tidak henti-henti mendoakan agar mangsa ditemukan segera malah kehadiran empat individu membawa bunga kekwa kuning menarik perhatian mereka yang berada di lokasi insiden pada 1.10 tengah hari sebelum melakukan upacara keagamaan hampir 10 minit.

 

Pada lewat malam ini, JBPM memaklumkan Bernama bahawa pihaknya mengesan halangan berupa objek yang tersekat di antara lokasi tanah jerlus hingga lurang kumbahan kedua yang terletak kira-kira 80 meter.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Ahmad Izram Osman berkata dapatan itu diperoleh menerusi pengesanan oleh dua anjing Unit Pengesan (K9), Denti dan Frankie, yang dibawa turun ke lokasi kejadian petang semalam serta pengesanan kamera.

Beliau berkata operasi pengesanan mangsa dengan kaedah selaman hingga di lurang kumbahan kedua akan dimulakan pada 2 pagi melibatkan lapan penyelam dengan dibantu oleh 75 anggota yang mengawal jentera dan logistik.

“Kita lakukan operasi ini pada 2 pagi kerana kita jangkakan paras air kumbahan akan kurang dari satu meter berbanding kebiasaannya dan paras air pada ketika ini ialah pada ketinggian 1.5 meter dengan kelajuan tiga knot. Kelajuan ini menandakan air deras dan merisikokan penyelam.

“Kita ambil inisiatif untuk periksa di lurang kumbahan itu kerana ada ruang kecil antara dinding lurang kumbahan dengan paip saluran air kumbahan, kemungkinan ada objek tersekat di ruang berkenaan,” katanya sambil menambah Denti dan Frankie akan dibawa turun bersama bantuan kamera dan penyelam apabila air kumbahan surut.

Setakat 11 malam ini, pasukan SAR giat melaksanakan kerja-kerja menyedut air kumbahan bagi memudahkan pergerakan penyelam daripada Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) JBPM yang akan memulakan operasi pada 2 pagi nanti.

Screenshot 2024 08 30 083707

PETALING JAYA: Minerals and Geosciences Department director-general Datuk Zamri Ramli has dismissed claims that the structure of the sinkhole area in Jalan Masjid India is based on limestone.

He said initial observations by the department found that the incident occurred likely due to a combination of human activities and weather changes.

He told Buletin TV3 that factors of human activities, such as underground utility maintenance and abnormal rainfall at the site contributed to the sinkhole.

"A task force has been established, and we are gathering complete information.

"Based on geological assessments, the area is not underlain by limestone, indicating that there are other non-natural factors involved," Zamri was quoted as saying.

He said studies showed only 30 per cent of Kuala Lumpur is underlain by limestone, and this does not hinder development in the area.

"If we look at records and geological maps, only 30 per cent of Kuala Lumpur is underlain by limestone. Not the entire city.

"Many on social media claim the whole of Kuala Lumpur is underlain by limestone, which is not accurate," he said.

Regarding development, Zamri said in Kuala Lumpur, all aspects and development plans were recorded according to established engineering practices.

However, he said, more frequent and thorough monitoring and maintenance could be done across all agencies.

"Development in Kuala Lumpur already follows good engineering practices. Every development project considers geological perspectives from an engineer. What needs improvement is monitoring and maintenance.

"Development can proceed provided that it adheres to good engineering practices, especially in areas with high geological constraints. For limestone areas, development is possible as long as comprehensive data is obtained," he said.

Previously, there were claims circulating on social media stating that Kuala Lumpur's underground structure was based on limestone and therefore lacked durability.

 

Did this page help you?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input