Kegagalan cerun punca tragedi tanah runtuh

317726149 1700603570395931 6285001128067690651 n

HULU SELANGOR - Sebanyak 450,000 meter padu tanah menghempap tapak perkhemahan dalam tragedi yang meragut nyawa 16 mangsa berhampiran ladang organik Father Organic Farm, Batang Kali di sini, awal pagi Jumaat.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, siasatan awal pihaknya mendapati berlaku kegagalan cerun yang menyebabkan kejadian tanah runtuh berkenaan. 

"Berdasarkan cerapan data, terdapat 450,000 meter padu tanah yang melanda tapak perkhemahan berkenaan.

"Selain itu, pihak kami mengesan kegagalan cerun berukuran panjang 500 meter (m), lebar 200m, dan dalam 8m," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini pada Jumaat.

Pada masa sama, beliau turut mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga dan individu yang terkesan akibat daripada bencana berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengadakan aktiviti di kawasan yang berisiko tinggi dan berwaspada terhadap ancaman geologi yang melanda.

"Kita punya arahan supaya orang ramai berjaga-jaga. Berdasarkan laporan yang diterima, kita akan tutup beberapa lokasi yang berisiko kepada awam," ujar beliau.

 

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input