'Segera periksa struktur bawah tanah di KL'

screencapture bharian my berita nasional 2024 09 1292848 kerajaan perlu tubuh pasukan khas kaji isu mendapan kl 2024 09 03 09 16 55

SHAH ALAM - Pemeriksaan kawasan berisiko mendapan tanah di Kuala Lumpur perlu disegerakan susulan kejadian tanah jerlus di Masjid India, mengambil kira pembangunan pesat selama lebih 100 tahun dikhuatiri telah menyebabkan perubahan spesifik dalam bentuk muka bumi dan landskap di ibu negara.

Presiden Parti Gerakan (Gerakan), Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai menyarankan kerajaan mengkaji penggunaan sonar atau seismometer untuk pemetaan, bagi melukis keadaan tanah di kawasan yang dianggap berisiko tinggi.

Menurutnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan semua agensi berkaitan juga tidak boleh hanya memberi tumpuan kepada keadaan jalan dan permukaan di kawasan pelancongan sahaja, sebaliknya memastikan semua lubang di kawasan perumahan atau jalan raya dapat diperbaiki dengan segera, seterusnya mengurangkan semua risiko.

"Kuala Lumpur adalah kawasan yang terkenal dengan bencana alam. Perubahan iklim semakin meningkat, bencana alam seperti mendapan tanah, banjir kilat, tanah runtuh, dan aliran lumpur terus berlaku.

"Stesen transit aliran ringan (LRT) Masjid Jamek di pusat bandar pernah ditutup pada tahun 2020 akibat banjir. Pihak DBKL perlu meningkatkan kemudahan pencegahan untuk mengurangkan risiko dan kerosakan akibat banjir serta memperkukuhkan kestabilan tanah.

"Walaupun tidak dapat mencegah pembentukan mendapan tanah sepenuhnya, setidak-tidaknya mendapan tanah boleh diurus secara sistematik.

"Dari struktur binaan bandar hingga susunan politik, semuanya perlu dikaji semula secara menyeluruh dan sekali gus untuk memperkukuhkan kedudukan Kuala Lumpur sebagai ibu kota negara kita," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam masa sama, jelas beliau, lokasi kejadian tanah jerlus di Masjid India berada di persimpangan sungai utama, yang mungkin menyebabkan permukaan bawah menjadi kosong akibat hakisan oleh air bawah tanah.

Tambahan pula katanya, Kuala Lumpur pada awalnya adalah kawasan perlombongan timah dan kini menjadi kawasan dengan populasi yang sangat tinggi.

Sehubungan itu ujarnya, insiden tanah jerlus adalah tragedi dan amaran yang perlu diberikan perhatian oleh kerajaan.

"Dalam seminggu lalu, sekurang-kurangnya tiga kejadian mendapan tanah berlaku di Kuala Lumpur yang telah menimbulkan kebimbangan penduduk tempatan terhadap keselamatan struktur.

"Penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan mengalami mendapan tanah sangat ingin tahu sama ada tanah mereka duduki selamat atau tidak, kerana kegelisahan mereka tidak mendapat jawapan yang jelas, secara alami mereka akan meragui keselamatan kawasan kediaman mereka," katanya.

Adakah halaman ini membantu anda?

Invalid Input
Invalid Input
Invalid Input