Hero Malaysia: Menjaga Kedaulatan Negara

301852052 4778283032274565 3788591495187128312 n

TAHNIAH! kepada Delegasi Malaysia dan En. Noran Alwakhir b. Shaarani, pakar geologi marin JMG yang telah menjadi sebahagian daripada delegasi tersebut yang telah mendepositkan Senarai Koordinat Geografi Titik Pangkal Negara kepada The Division for Ocean Affair and the Law of the Sea (DOALOS), Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Julai 2022 yang lalu.

Titik pangkal ini telah didepositkan setelah 43 tahun Peta Baru Malaysia 1979 diisytiharkan melalui Warta Kerajaan No. 5745 pada 21 Disember 1979. Peta Baru Malaysia 1979 ini menunjukkan sempadan perairan laut wilayah dan sempadan pelantar benua Malaysia dengan negara-negara jiran.