Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Berita & Artikel

Pemerkasaan Kelangsungan Geologi dan Biodiversiti di Kawasan Perlindungan

Pemerkasaan Kelangsungan Geologi dan Biodiversiti di Kawasan Perlindungan

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2026 – Satu sesi pembentangan strategik berhubung Permohonan Kajian Pemetaan Geologi di dalam kawasan Taman Negara telah dilaksanakan sebagai langkah proaktif mengintegrasikan data geosains ke dalam pengurusan kawasan perlindungan negara.

Sesi pembentangan telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan JMG Terengganu, Puan Nor Azrah binti Md Atan, yang menggariskan objektif teknikal serta metodologi kajian yang dirancang di zon sensitif alam sekitar tersebut.

Mesyuarat berimpak tinggi ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Abdul Kadir bin Abu Hashim, Ketua Pengarah Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia. Kehadiran barisan penyelidik, pengarah-pengarah bahagian, serta pegawai undang-undang mencerminkan ketelitian Jabatan dalam meneliti permohonan ini agar selaras dengan Akta Taman Negara [Akta 226] dan polisi pemuliharaan sedia ada.

Sinergi antara Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) serta Jabatan PERHILITAN ini adalah manifestasi komitmen kerajaan dalam memastikan eksplorasi ilmu sains geologi sentiasa didukung oleh prinsip kelestarian ekosistem dan kepatuhan perundangan yang ketat.

"Sains Mendukung Konservasi, Alam Diperkasa."