Kerjasama strategik antara JMG Perak dan pihak JICA (Japan International Cooperation Agency) bagi Fasa Pertama telah berjaya dilaksanakan pada 3 hingga 10 Mac 2026 yang lalu.
Program ini dimulakan dengan kehadiran En. Yusari bin Basiran, Pengarah Cawangan Ekonomi Mineral, Ibu Pejabat JMG pada hari pertama bagi memberi sokongan kepada pasukan teknikal yang terlibat. Pasukan telah dipecahkan kepada dua kumpulan kepakaran utama:
1️⃣ Survei Geologi: Diketuai oleh Prof. Emeritus Watanabe.
2️⃣ Kajian EIA: Diketuai oleh Prof. Ishiyama.
Kakitangan JMG Perak yang terdiri daripada pegawai dan pembantu geosains telah berganding bahu bagi memastikan pengumpulan data di lapangan berjalan lancar. Selesai kerja lapangan, satu sesi perbincangan hasil dapatan serta perancangan fasa seterusnya (keseluruhan melibatkan tiga fasa) telah diadakan.
Syabas kepada semua pegawai dan pembantu geosains Unit Sumber Mineral JMG Perak. Semoga kerjasama ini terus memacu kecemerlangan dalam pengurusan sumber mineral negara!
Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.