Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Dasar Privasi dan Keselamatan

Pengumuman Terkini Mengenai Kami Berita Soalan Lazim Piagam Pelanggan Hubungi Kami Perkhidmatan Dalam Talian e-Penyertaan Pengumuman e-Perolehan Ketua Pegawai Digital (CDO) Arkib Elektronik Peta Laman Laporan Tahunan JMG 2023 MyHRMIS Mobile
BM / EN
W3C Accessibility
Image

Soalan Lazim

Image

Hubungi Kami

Image

Aduan dan Maklum Balas

Image

Peta Laman

Perkhidmatan Teras

Air Bawah Tanah

Pengenalan

Jaminan dan kemampanan sumber air perlu dikekalkan bagi memastikan kebolehdapatan dan bekalan yang mencukupi serta selamat untuk menampung keperluan alam dan manusia. Penggunaan secara mampan dengan mengoptimumkan opsyen sumber air yang pelbagai jenis secara konjungtif dapat mengurangkan kebergantungan kepada sumber sedia ada.

Selaras dengan Dasar Sumber Air Negara, JMG berperanan untuk mengenalpasti potensi sumber air tanah bagi menyokong permintaan bekalan air bersih yang semakin meningkat. Sumber air tanah juga perlu ditentukan di kawasan-kawasan sensitif sebagai tindakbalas bantuan bencana seperti pencegahan kebakaran gambut. Pengurusan sumber air tanah yang komprehensif akan menjamin sumber bekalan air bersih yang berterusan, seterusnya meningkatkan kualiti hidup rakyat dan kesejahteraan persekitaran.