Ipoh, 12 Februari 2026 – Majlis Perhimpunan Bulanan Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) Bil. 1/2026 telah diadakan dengan penuh semangat dan ceria pada hari ini.
Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, diikuti oleh Lagu Kebesaran Negeri Perak dan Lagu Perkhidmatan Awam. Lafaz Ikrar Perkhidmatan Awam diketuai oleh En. Zulkifly Bin Abdul Manaf, manakala bacaan doa dipimpin oleh En. Muhammad Azhad Bin Mohd Saiful Shahdi. Tugas menaikkan bendera telah disempurnakan oleh Pn. Noor Azureen Binti Mohd Kamil.
Majlis diteruskan dengan amanat daripada YBrs. Dr. Rohaya Binti Othman, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Batuan yang menanggung tugas Pengarah Kanan PPM.
Majlis diteruskan lagi dengan tayangan montaj aktiviti memaparkan pelbagai program dan peristiwa yang telah berlangsung sepanjang bulan Januari hingga Februari 2026. Selepas itu, majlis diteruskan dengan tayangan Sambutan Ulangtahun Kelahiran dan Tayangan Slot Informasi berjudul "Kualiti kerja dan integriti kerja penjawat awam".
Selepas itu, majlis diteruskan tayangan video persaraan dan memori kenangan Tn. Haji Salim Bin Kassim, Pn. Rodziah Binti Safiee dan En. Mohd Fadzil Bin Mohamad Mokhtar sepanjang perkhidmatan di PPM dan sesi Penyampaian Sijil Penghargaan Perkhidmatan. Tayangan video kakitangan yang bertukar tempat juga ditayangkan iaitu En. Hazmie Bin Saliman dan Cik Uthaya Malar a/p Vadivellu.
Majlis diteruskan dengan penyampaian watikah kenaikan pangkat Penolong Pegawai Tadbir N6 (M) kepada YM Raja Hasnita Binti Raja Abdul Ghani. Majlis diteruskan dengan pemakluman bahawa Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, dengan limpah kurnia baginda, telah memperkenankan penganugerahan Pingat Lama Perkhidmatan (P.L.P) kepada seorang kakitangan PPM, En. Vetrivel A/L Govindasamy. En. Vetrivel telah berkhidmat sebagai Pembantu Khidmat Am selama 32 tahun bermula di Institut Penyelidikan Galian (IPG) dan Pusat Penyelidikan Mineral.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian sijil Anugerah Pekerja Contoh bagi bulan September – Disember 2025 kepada Pn. Azlin Zahara Binti Ahmad Zary, Penolong Pegawai Penyelidik Q5 (KUP) dan En. Zamri Bin Osman, Pembantu Khidmat Am N1. Tahniah diucapkan kepada penerima.
Majlis diteruskan dengan acara penyampaian Sijil Penghargaan bagi Anugerah Khas Visibiliti Media Sosial JMG Tahun 2025 kepada pasukan Jawatankuasa Media Sosial PPM yang dipengerusikan oleh Pn. Marlinda binti Daud. Untuk rekod, PPM telah mendapat tempat pertama selama tiga berturut-turut bagi anugerah khas ini.
Sesi diteruskan dengan upacara menandatangani Perakuan Akta Rahsia Rasmi oleh Dr. Rohaya dan Pn Siti Mazatul Azwa. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai bersama warga PPM.