Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 2/2026 sebagai platform penyampaian amanat kepimpinan dan pemerkasaan hala tuju jabatan.
Dalam amanatnya, Ketua Pengarah menegaskan bahawa integriti tidak boleh dikompromi, di samping memastikan pelaksanaan projek dan program jabatan dilaksanakan secara cekap, berimpak serta menepati tempoh. Penekanan turut diberikan terhadap pelaksanaan sistem merit dan demerit secara adil serta pembudayaan "Budaya penyelesaian, bukan budaya alasan dalam setiap tugasan".
Majlis turut meraikan kakitangan yang bersara, bertukar dan tamat perkhidmatan sebagai tanda penghargaan atas jasa dan sumbangan mereka. Selain itu, satu ceramah agama turut diadakan sebagai persiapan menyambut bulan Ramadhan yang bakal tiba, bagi memperkukuh nilai amanah, disiplin dan keikhlasan dalam melaksanakan tanggungjawab.
Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.