JMG NSM telah menerima jemputan dari Pejabat Daerah & Tanah Kuala Pilah bagi khidmat teknikal dalam penentuan lokasi cadangan pusat air mineral di daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Mewakili jabatan iaitu Penolong Pengarah Kanan, Pn Nur Syahidatul Zubaida, telah melaksanakan lawatan tapak ke kawasan yang dicadangkan pada 5 Februari 2026.
Lawatan ini bertujuan menilai kesesuaian lokasi dari aspek geologi serta potensi sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat. Hasil lawatan ini akan dijadikan rujukan teknikal oleh pihak berkaitan dalam perancangan pembangunan pusat air mineral tersebut.
Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.