KUALA LUMPUR: Konsesi perlombongan emas Borneo Oil Bhd di Bukit Ibam, Pahang, bersama HDL Global Sdn Bhd telah menerima kelulusan kerajaan untuk beroperasi.
Menurut satu makluman kepada Bursa Malaysia, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah memberikan kelulusan untuk melaksanakan pembangunan lombong, aktiviti perlombongan serta operasi pemprosesan dalam kawasan konsesi tersebut selaras dengan Skim Operasi Perlombongan yang telah diluluskan.
Kelulusan itu meliputi pajakan perlombongan yang merangkumi kawasan seluas 187 hektar dan sah sehingga 21 Disember 2027.
"Berdasarkan anggaran sumber, Projek Emas Bukit Ibam dianggarkan mengandungi 60,814 auns emas," katanya.