23 Februari 2026 | Isnin - Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) Pahang telah menganjurkan majlis tersebut di Sri Manja Boutique Hotel, Kuantan yang telah dihadiri oleh kakitangan JMG Pahang, Pahang Mining Corporation (PMC) serta wakil pihak kontraktor.
Majlis ini dipengerusikan oleh Encik Muhd Faisal B. Mat Yusof dan bacaan doa oleh Encik Firdaus bin Zairullail. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Tuan Haji Shari bin Ismail yang menanggung tugas Pengarah JMG Pahang. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Wakil Pihak Kerajaan Negeri Pahang, YH Dato’ Haji Ahmad Rizal bin Ali, Ketua Pegawai Eksekutif PMC.
Majlis ini turut menampilkan pembentangan hasil dapatan kajian bagi dua (2) jenis komoditi iaitu unsur nadir bumi (REE) dan pasir silika, yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Unit Sumber Mineral, En. Muhd Hazim bin Harun, serta tayangan montaj projek tersebut sebagai perkongsian visual terhadap skop, aktiviti dan hasil pelaksanaan projek.
Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui PMC, dan ia mencerminkan komitmen berterusan JMG Pahang dalam menyediakan data geosains berasaskan kajian saintifik bagi menyokong perancangan, pembangunan dan pengurusan sumber mineral negeri secara mampan.
Maklumat lanjut dan liputan bergambar boleh dirujuk melalui laman Facebook rasmi JMG.