Page 54 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 54

53
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020












                   Makmal JMG juga merupakan makmal rujukan dalam analisis pasir, silika, lempung,
                   batu arang, feldspar dan sampel-sampel geokimia lain. Laporan analisis ini sering
                   digunakan oleh agensi penguatkuasa dalam proses pendakwaan di mahkamah dan
                   penentuan harga komoditi yang didagangkan.

                   Hasil kajian sehingga kini mendapati rizab mineral berlogam dianggarkan berjumlah
                   778.9  juta  tan,  mineral  bukan  logam  berjumlah  51.3  billion  tan  dan  batu  arang
                   berjumlah 1.9 bilion tan.

                   Pertumbuhan  ekonomi  negara  dijangka  kembali  pulih  menjelang  2020.  Justeru,
                   permintaan terhadap sumber mineral tempatan dijangka meningkat bagi memenuhi
                   permintaan terutamanya daripada sektor pembuatan dan pembinaan negara seperti
                   Klang Valley MRT, Tun Razak Exchange, West Coast Expressway dan Trans-Borneo
                   Highway. Pembangunan pesat khasnya di negara-negara seperti China, India dan
                   Afrika turut menyebabkan permintaan mineral terus meningkat.

                   Negara kini masih mengimport kebanyakan mineral walaupun negara mempunyai
                   banyak rizab yang berpotensi untuk diusahasilkan. Ini disebabkan oleh kebanyakan
                   mineral tempatan tidak menepati spesifikasi yang dikehendaki oleh industri berasaskan
                   mineral yang berkaitan, tiada jaminan bekalan sumber yang berterusan pada harga
                   yang  berpatutan,  dan  ketidakserasian  (incompatibility)  antara  loji  pemprosesan
                   dan bahan mentah. Oleh itu, Jabatan perlu meningkatkan peranan dalam aktiviti
                   eksplorasi dan R&D supaya sumber mineral negara dapat digunakan secara optimum
                   dan menggantikan mineral yang diimport. Nilai import mineral mentah bagi tahun
                   2015 berjumlah RM10.41 bilion manakala jumlah nilai import produk berasaskan
                   mineral adalah RM52.27 bilion. Mineral utama yang diimport adalah batu arang, bijih
                   besi dan bijih timah. Manakala produk berasaskan mineral yang diimport pula adalah
                   besi keluli, emas monetari dan bukan monetari serta produk berasaskan tembaga.

                   Pengurusan ekonomi mineral memerlukan kemahiran dalam bidang risikan mineral
                   tetapi kepakaran tersebut masih rendah di JMG. Bidang risikan mineral merangkumi
                   penyelidikan tentang pasaran domestik/antarabangsa, harga, penawaran/permintaan,
                   penggunaan,  aliran  dagangan,  kegunaan  dan  pasaran  baru,  pelaburan  (direct/
                   reverse),  pelaburan  tempatan  dan  asing,  serta  pemantauan  aktiviti  huluan/hiliran
                   sektor mineral negara.


                   Perhubungan komunikasi, pertukaran pandangan dan pengalaman antara kerajaan
                   dengan pihak awam, swasta, pengeluar dan pengguna perlu dipertingkatkan supaya
                   sektor mineral negara terus membangun. Penyampaian maklumat melalui penerbitan
                   dan seminar adalah terhad dan kebanyakannya di peringkat dalam negeri. Kekurangan
   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59