Page 56 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 56

55
                                            PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020












                   Dasar  Mineral  Negara  2  (DMN2)  telah  dilancarkan  pada  2009  bertujuan  untuk
                   memantapkan  industri  mineral  negara.  Selaras  dengan  itu,  penambahbaikan
                   terhadap sistem regulatori perlu dibuat secara berterusan. Antara peraturan yang telah
                   diwartakan adalah Peraturan-Peraturan Pembangunan Mineral (Skim Pengendalian
                   Melombong,  Pelan  dan  Buku  Rekod)  2007,  Peraturan-Peraturan  Pembangunan
                   Mineral  (Peletupan)  2013,  dan  Peraturan-Peraturan  Pembangunan  Mineral
                   (Keselamatan Semasa Penjelajahan dan Lombong Permukaan) 2014. Di samping itu,
                   beberapa peraturan masih dalam peringkat penggubalan seperti pelesenan mineral,
                   pemprosesan mineral, statistik, kesalahan yang boleh dikompaun dan keselamatan
                   lombong bawah tanah.
                   Selain  itu,  aspek  ketelusan  dan  prosedur-prosedur  yang  jelas  dalam  pengeluaran
                   hak  milik  mineral  masih  terus  ditekankan  dalam  Enakmen  Mineral  Negeri  yang
                   dikuatkuasakan oleh Pihak Berkuasa Negeri. Penekanan kepada pemuliharaan dan
                   pengurusan alam sekitar supaya sektor ini membangun secara mampan masih terus
                   dilaksanakan.

                   Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan
                   dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;

                                        TINDAKAN/
                        STRATEGI                              INDIKATOR          SASARAN/ TAHUN
                                         PROGRAM
                    1.  Peningkatan   a.  Menjalankan   •  Peningkatan maklumat   •  Peningkatan liputan
                      eksplorasi       eksplorasi         sumber mineral negara   sebanyak 0.5%
                      sumber mineral   mineral dan                                setahun daripada
                                       penilaian sumber                           keluasan negara
                                       mineral secara                             mulai 2016
                                       sistematik dengan
                                       keutamaan       •  Inventori mineral tenaga   •  Peningkatan
                                       terhadap mineral   alternatif (thorium dan   inventori rizab
                                       strategik dan      unsur nadir bumi)       mineral 0.1%
                                       mineral tenaga                             menjelang 2020

                                     b. Menggiatkan    •  Inventori rizab pasir laut   •  Pertambahan
                                       penyiasatan        bertambah               inventori rizab pasir
                                       sumber mineral                             laut sebanyak 10%
                                       lepas pantai                               menjelang 2020
                    2. Peningkatan   a.   Menjalankan   •  Peningkatan minat   •  Peningkatan nilai
                      risikan dan      analisis           pelabur dalam industri   pelaburan sebanyak
                      analisis komoditi   komprehensif    mineral di Malaysia     5% mulai 2016
                      mineral          terhadap pasaran,
                                       dagangan,
                                       penggantian
                                       import dan
                                       ramalan komoditi
                                       mineral
   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61