Page 59 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 59
58 PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
OBJEKTIF STRATEGIK 3
MEMANTAPKAN PELAKSANAAN PERKHIDMATAN GEOSAINS BERKEPAKARAN
TINGGI KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN DAN PENINGKATAN
KESEJAHTERAAN HIDUP
Maklumat geosains merupakan input penting dalam memastikan perancangan
pembangunan negara secara lebih mampan. Penyediaan maklumat geosains yang
komprehensif pula menjadi penentu dalam penyampaian perkhidmatan yang cekap
dan berkesan. Dalam masa yang sama, Jabatan perlu bersedia dengan kapasiti
organisasi yang kondusif dan personel berkepakaran tinggi untuk menyampaikan
maklumat yang mudah difahami bagi memenuhi keperluan stakeholders dan
pelanggan.
Maklumat geosains yang lengkap menjadi asas dalam aktiviti penilaian sumber
mineral, geoterma dan air tanah, penilaian tapak cadangan pembangunan,
mengenalpasti bahaya dan mengurangkan risiko bencana serta melindungi ekosistem
sensitif. Ia juga menjadi asas rujukan dalam membuat keputusan terhadap cadangan
pembangunan di sesuatu kawasan. Maklumat geosains di kawasan sempadan sangat
penting bagi menjamin kedaulatan negara dan keharmonian hubungan dua hala
dengan negara-negara jiran terutamanya dalam aspek penerokaan sumber bumi yang
merentasi sempadan.
Bagi mencapai objektif strategik ini, strategi pelaksanaan dan tindakan yang akan
dilaksanakan disenaraikan dalam jadual berikut;
TINDAKAN/
STRATEGI INDIKATOR SASARAN/ TAHUN
PROGRAM
1. Memperkasa a. Menggiatkan • Pertambahan maklumat • Peningkatan
kaedah perolehan aktiviti geologi dan sumber bumi sebanyak 1%
dan penyampaian pemetaan bagi meningkatkan daya setahun kawasan
maklumat geosains geologi di saing negara pemetaan geologi
yang komprehensif kawasan negara mulai 2016
dan meyakinkan strategik dan
pelantar benua