Page 53 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 53

52      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020













                                 OBJEKTIF STRATEGIK                               2





                   MEMPERKUKUH PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN SUMBER MINERAL YANG
                   KOMPREHENSIF  UNTUK MEMACU EKONOMI NEGARA DAN KESEJAHTERAAN
                   ALAM SEKITAR

                   Mineral  adalah  bahan  yang  penting  dalam  pembangunan  negara.  Permintaan
                   terhadap  mineral  meningkat  seiring  dengan  pembangunan  dan  pertambahan
                   penduduk.  Malaysia  dianugerahkan  dengan  kekayaan  pelbagai  sumber  mineral
                   seperti emas, timah, besi, tembaga, mangan, bauksit, andalusit, sumber nadir bumi,
                   monazit,  ilmenit,  batu  arang,  lempung,  kaolin,  pasir  silika,  batu  kapur,  agregat
                   batuan, pasir dan kelikir. Dalam era 1950an hingga 1970an, industri perlombongan
                   menjadi tonggak kepada ekonomi negara di mana ketika itu bijih timah merupakan
                   sumber eksport kedua terpenting negara.


                   Industri perlombongan mineral turut memberi sumbangan kepada ekonomi negara.
                   Jumlah pengeluaran mineral tempatan pada tahun 2015 adalah RM7.49 bilion iaitu
                   meningkat sebanyak 1.6% berbanding RM7.38 bilion pada tahun 2014. Peningkatan
                   ini  disebabkan  oleh  nilai  pengeluaran  mineral  perindustrian  bertambah  kerana
                   dipengaruhi oleh faktor peningkatan harga dan permintaan global walaupun pada
                   tempoh yang sama nilai pengeluaran mineral berlogam menyusut hampir RM1 bilion.
                   Jumlah  nilai  pengeluaran  mineral  pada  tahun  2015  merangkumi  mineral  tenaga
                   sebanyak RM307 juta, mineral berlogam RM2.21 bilion dan mineral perindustrian
                   RM4.97 bilion.

                   Eksplorasi mineral perlu diteruskan untuk mengenalpasti rizab sumber mineral yang
                   signifikan  dan  berpotensi  untuk  dibangunkan.  Keluasan  liputan  survei  geokimia
                   sehingga kini telah mencapai 56% daripada keluasan negara atau 190,000 km persegi.
                   Eksplorasi mineral memakan masa yang panjang, kos yang tinggi dan maklumat yang
                   diperolehi  terhad  kerana  kajian  tidak  dilakukan  sehingga  ke  peringkat  terperinci.
                   Penggerudian  adalah  kaedah  terbaik  untuk  menentukan  jumlah  rizab  longgokan
                   mineral yang berada di dalam perut bumi tetapi ianya memerlukan kos yang tinggi.


                   Makmal JMG menyediakan perkhidmatan analisis kuantitatif kimia dan mineral bagi
                   kerja-kerja eksplorasi Jabatan dan juga untuk memenuhi permintaan pemain industri.
                   Perkhidmatan makmal JMG telah mendapat pengiktirafan sistem pengurusan kualiti
                   SAMM  MS  ISO/IEC  17025:2005  merangkumi  hampir  keseluruhan  analisis  yang
                   setaraf dengan piawaian antarabangsa.
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58