Page 55 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 55

54      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020













                   program promosi menyebabkan kegagalan untuk menarik pelaburan yang berkualiti
                   dan tulen, sama ada dari pelabur tempatan atau dari luar negara.

                   Pengusahasilan  sumber  mineral  tempatan  bukan  sahaja  dapat  mengurangkan
                   pengaliran keluar wang negara melalui import bahkan dapat meningkatkan pendapatan
                   melalui eksport mineral, memperluaskan punca hasil negeri seperti pungutan royalti,
                   bayaran fi dan sewa tahunan tanah disamping menggerakkan ekonomi serta memberi
                   peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

                   Persepsi atau stigma negatif terhadap aktiviti perlombongan dan pengkuarian yang
                   dianggap  merosakkan  alam  sekitar  dan  tidak  memberi  pulangan  ekonomi  yang
                   setimpal masih wujud di kalangan orang awam. Justeru, terdapat negeri-negeri yang
                   keberatan untuk memberi lebih banyak kawasan baru untuk aktiviti eksplorasi dan
                   perlombongan. Disamping itu, ciri perlombongan yang mempunyai tempoh pulangan
                   yang panjang menyebabkan sektor mineral diketepikan dalam perancangan guna
                   tanah berbanding dengan aktiviti ekonomi lain yang dianggap lebih memberikan
                   pulangan cepat dan tinggi.


                   Program  road show  dan  bengkel  bagi  meningkatkan  kefahaman  berkaitan  Akta
                   Pembangunan Mineral 1994 dan Enakmen Mineral Negeri berkenaan masih perlu
                   diteruskan  disebabkan  oleh  pertukaran  dan  penggantian  pegawai-pegawai  untuk
                   negeri-negeri  yang  mempunyai  potensi  sumber  mineral.  Rizab  sumber  mineral
                   perlu  dibangunkan  terlebih  dahulu  dan  menjadi  guna  tanah  pertama  sebelum
                   pembangunan kekal di atasnya atau aktiviti ekonomi lain dijalankan. Ini bertujuan
                   untuk mengelakkan rizab mineral termajir (sterilize) dan menjadi kehilangan kepada
                   sumber  ekonomi  negeri  dan  negara.  Justeru,  peningkatan  kefahaman  terhadap
                   pentingnya  rizab  mineral  akan  mendorong  Kerajaan  Negeri  mengeluarkan  lesen
                   perlombongan baru yang akan meningkatkan kutipan royalti dan hasil Negeri.

                   JMG bertanggungjawab mentadbir dan menguatkuasakan Akta Penyiasatan Kajibumi
                   1974 dan Akta Pembangunan Mineral 1994 dan peraturan-peraturan di bawahnya.
                   JMG juga menguatkuasakan Peraturan-Peraturan/Kaedah-Kaedah Kuari Negeri dan
                   Enakmen Mineral Negeri serta undang-undang lain yang berkaitan dengan industri
                   mineral.  Pematuhan  terhadap  undang-undang  merupakan  simbol  atau  penanda
                   aras kemampanan atau kesihatan sesuatu industri mineral. Walau bagaimanapun,
                   sebarang salah laku atau ketakpatuhan terhadap syarat-syarat perlombongan perlu
                   ditangani melalui tindakan undang-undang yang sewajarnya. Justeru, Jabatan perlu
                   dilengkapkan  dengan  pegawai  undang-undang  bertauliah  dan  kelengkapan  yang
                   bersesuaian.
   50   51   52   53   54   55   56   57   58   59   60