Page 49 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 49

48      PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020









                   yang besar melalui pembangunan dan penggunaan aplikasi mineral dan geosains
                   yang bersepadu serta peningkatan infrastruktur ICT. Inisiatif ini juga akan mampu
                   menggalakkan lagi budaya penggunaan ICT dalam Jabatan. Disamping itu peluasan
                   liputan perkhidmatan berteraskan pelanggan diperkemaskan melalui portal Jabatan
                   yang komprehensif dan sistem pengurusan perpustakaan yang berkesan.

                   Sumber kewangan yang mencukupi dan pengurusan kewangan yang telus dan mantap
                   adalah penting dalam strategi ini agar Jabatan boleh melaksana aktivitinya dengan
                   berkesan.  Buat  masa  ini  hampir  keseluruhan  peruntukan  kewangan  bergantung
                   secara langsung kepada peruntukan kerajaan. Oleh itu Jabatan perlu menjalinkan
                   usahasama ke arah mendapatkan sumber kewangan alternatif bagi meningkatkan
                   kemampuan  memberi  perkhidmatan  teknikal  kepada  pelanggan.  Disamping  itu
                   pematuhan terhadap pengurusan kewangan dan akaun perlu dipertingkatkan bagi
                   mengekalkan pengurusan kewangan yang cemerlang.

                   Sebagai sebuah Jabatan teknikal yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat,
                   JMG  perlu  tampil  sebagai  organisasi  peneraju  unggul  dalam  bidang  mineral  dan
                   geosains  dengan  membangun,  mempertingkat  dan  memperkasakan  imej  korporat
                   yang cemerlang. Usaha ini akan dilaksanakan melalui pelan transformasi Jabatan
                   yang komprehensif merangkumi penglibatan media dan promosi. JMG juga perlu
                   berusaha memperluaskan lagi pengiktirafan perkhidmatan makmal dan meningkatkan
                   perkongsian  pintar  melalui  kerjasama  dengan  pelbagai  institusi  dalam  dan  luar
                   negara.


                   Kewibawaan sesebuah Jabatan bergantung kepada penguatkuasaan dan pelaksanaan
                   perundangan,  peraturan  dan  garis  panduan  yang  ditetapkan.  JMG  mempunyai
                   beberapa  akta,  peraturan  dan  garis  panduan  yang  telah  lama  digubal  dan  masih
                   berkuatkuasa.  Namun,  pelaksanaannya  bagi  tujuan  peningkatan  kecekapan
                   perancangan pembangunan mampan dan pemeliharaan alam sekitar didapati agak
                   terbatas. Bagi memastikan akta, peraturan dan garis panduan ini sentiasa relevan
                   dengan keperluan semasa, maka usaha pemantapan perlu dilakukan melalui semakan
                   semula secara sistematik. Disamping itu, penyediaan peraturan dan garis panduan
                   yang baharu akan terus dilakukan.
   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54