Page 48 - Pelan Strategik JMG 2016-2020
P. 48
47
PELAN STRATEGIK JMG 2016-2020
MODEL TRANSFORMASI PELAN TINDAKAN
OBJEKTIF STRATEGIK 1
MEMPERKUKUH KAPASITI ORGANISASI DAN MEMPERKASA PENGURUSAN
MODAL INSAN BAGI MENERAJUI PERUBAHAN
Organisasi yang kukuh dan signifikan serta modal insan yang berkualiti merupakan
elemen yang paling penting dalam mencapai Visi JMG. Pengukuhan organisasi
dan pembangunan modal insan perlu selaras dengan perubahan pantas suasana
dan tranformasi kerajaan supaya Jabatan sentiasa relevan dan kompeten. Dengan
itu, ia dijadikan objektif strategi yang utama dalam hala tuju JMG 2016 - 2020 bagi
mendepani cabaran perubahan mendatang secara proaktif, kreatif dan inovatif
dengan sikap responsif.
Melebihi satu dekad Jabatan telah melakukan perubahan struktur secara keseluruhan
hasil daripada penggabungan Jabatan Penyiasatan Kajibumi Malaysia dan Jabatan
Galian Malaysia dan diikuti beberapa penambahbaikan selaras dengan kehendak
semasa. Proses pengukuhan organisasi perlu berterusan bagi memastikan
penyampaian maklumat dan perkhidmatan yang diberikan berkesan memenuhi
kehendak stakeholder dan pelanggan.
Pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan dan holistik
melalui pemantapan struktur organisasi Jabatan dan penambahbaikan berterusan
skim perkhidmatan. Satu pelan latihan yang komprehensif perlu disediakan yang
merangkumi pelan penggantian dan program pembangunan kepimpinan bagi
melahirkan tenaga pakar yang berintegriti dan memenuhi keperluan kepimpinan
Jabatan. Penyediaan modal insan bagi memahami isu global seperti perubahan iklim,
fenomena geologi dan Trans Pacific Partnership Agreement; TPPA (dagangan mineral)
perlu disegera dan dipertingkatkan.
Pengurusan maklumat dan penggunaan teknologi semasa di Jabatan masih rendah
dan perlu kepada latihan berterusan serta kelengkapan aplikasi untuk menyokong
perkongsian dan penyebaran maklumat secara bersepadu dan terkini. Infrastruktur
ICT yang sedia ada memerlukan peningkatan dan penambahbaikan supaya ianya
selari dengan perkembangan teknologi semasa. Peningkatan ini perlu dilakukan
bagi memastikan kelangsungan ICT sebagai enabler dalam menjayakan fungsi
dan peranan Jabatan. Kejayaan ini akan dapat direalisasikan dan memberi impak