PRESTASI HARGA MINERAL 13.12.2024
Harga bagi emas meningkat sebanyak 0.72% didagangkan pada harga USD85.49 berbanding USD84.88 pada minggu sebelumnya. Prestasi harga bagi logam timah, tembaga dan nikel menunjukkan peningkatan tetapi aluminium menurun sebanyak 2.02% didagangkan nilai USD2,567.00. Timah dan tembaga masing-masing didagangkan pada harga USD29,295.00 dan USD8,988.00 manakala nikel didagangkan pada harga USD15,970.00. Arang batu dan bijih besi masing-masing menurun sebanyak 0.44% dan 0.92% untuk didagangkan pada harga USD113.25 dan USD105.31.
Prestasi harga dagangan bagi kesemua RE Oksida (REO) menurun antara 0.07% dan 2.70%. Penurunan tertinggi dicatatkan oleh mineral REO Holmium sebanyak 2.70% didagangkan pada harga USD63,454.39 berbanding harga minggu sebelumnya iaitu USD 65,214.11. Hanya REO Cerium yang meningkat naik sebanyak 1.32% dan didagangkan pada harga USD1,001.55.
Nilai dagangan kumpulan karbonat RE (REC) ditutup lebih rendah berbanding minggu lepas didagangkan pada harga USD4,561.86.
Maklumat Lanjut: Perincian Harga Mineral